Ayda Jebat Tak Mahu ‘Muka Bersepah’ Merata-Rata

Pelakon dan juga penyanyi, Aida Jebat mengatakan yang dia sentiasa beringat dan bersedia untuk berhadapan dengan zaman kejatuhannya yang bila-bila masa sahaja boleh tiba.

Oleh itu, sepanjang tiga tahun berada dalam industri seni, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Rindu Awak 200%’ itu telah mula menabung untuk dijadikan bekalan kelak.

Dan, disebabkan itu juga, selagi namanya masih berada di puncak, Ayda akan lakukan yang terbaik malah sanggup melakukan beberapa pengorbanan. Antaranya adalah tidak terlalu menunjukkan mukanya di hadapan orang ramai.

Ayda tidak akan keluar melepak di pusat beli belah, tengok wayang atau ke mana sahaja bersendirian kerana dia ingin menjaga nilai eksklusif dirinya. Uih demi jaga nilai eksklusif sampai sanggup tak keluar.

Wah, dah macam durian musang king je, keluar sekali sahaja ikut musim dan isinya juga sedap sehinggakan nilainya juga boleh mencecah ratusan ringgit. Kalau macam itu lah yang dimaksudkan Ayda dengan nilai eksklusif itu, memang terbaik.

Bukan semua orang boleh lakukan sama seperti yang Ayda lakukan demi untuk nilai eksklusif dirinya. Pasti perasaan rindu peminat untuk melihat muka Ayda akan melebihi tahap 200%. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *