Bantuan RM 500 ribu kepada mangsa banjir oleh DS Shabery Cheek di Pulau Aman @Huan2U

Pulau Pinang – Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB. Dato’ Seri Shabery Cheek tengah hari tadi telah melawat kawasan Batu Kawan serta Pulau Aman bagi menghulurkan bantuan pasca banjir sebanyak RM 500,000.00 dan lain – lain bentuk bantuan.

Beliau juga turut menyeru agar TEKUN dan Bank Rakyat turut bersama membantu mereka yang terlibat akibat banjir. Beliau juga memaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan turut membantu pihak-pihak yang ditimpa bencana berkenaan.

Turut bersama beliau ialah Datuk Huan Cheng Guan @ Mejar Huan Penang (Mantan Ahli Parlimen Batu Kawan), Datuk Mohd Noor (Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) dan En. Yusof Hj Din (TKB UMNO Bahagian Batu Kawan).

Terima kasih buat Kementerian Pertanian & Industrial Asas Tani yang turun padang menjadi antara yang terawal menghulurkan bantuan kepada nelayan-nelayan yang terjejas di sebabkan banjir baru-baru ini.

Sepatutnya tanggungjawab ini di pikul oleh Kerajaan Negeri, tetapi Kerajaan Persekutuan (Kerajaan BN) tetap membantu nelayan-nelayan yang terlibat walaupun berlainan fahaman Ideologi Politik.

Ribut yang melanda Pulau Pinang awal November lalu menyebabkan kerugian terbesar dicatatkan oleh sektor perikanan di negeri berkenaan, iaitu sebanyak RM55.9 juta.

Kira-kira 30 pemilik sangkar ikan di sekitar Pulau Aman dekat Batu Kawan dilaporkan kerugian jutaan ringgit apabila sangkar-sangkar ikan milik mereka pecah akibat kejadian ribut

Banjir kilat disebabkan ribut itu adalah terburuk pernah dialami negeri itu dalam tempoh 30 tahun. Sejumlah 80% kawasan negeri terjejas kerana hujan berterusan dan angin kuat memaksa 12,559 penduduk dipindahkan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *