Bayi kembar lima dilahirkan secara normal di Kenya

NAIROBI, Kenya – Seorang wanita Kenya melahirkan bayi kembar lima secara normal kelmarin tetapi dua bayi lelakinya meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah pekan di barat negara berkenaan.

Pakar-pakar berkata, kemungkinan untuk seorang wanita mengandung anak kembar lima tanpa rawatan hormon adalah satu dalam 60 juta.

“Ibu tersebut, Jacintah Akinyi mula bersalin di kediamannya. Dua bayinya mati ketika dia dibawa ke hospital,” kata pengarah hospital tempat wanita itu dirawat, John Ma–lago.

Akinyi, 30, seterusnya melahirkan dua bayi perempuan dan seorang lelaki. Ketiga-tiga bayi itu yang mempunyai berat antara 1.6 hingga 1.9 kilogram berada dalam keadaan sihat.

Malago berkata, wanita itu tidak berjumpa doktor sepanjang keha–mi–lannya.

Akinyi sudah mempunyai empat anak dan kehilangan anak kelimanya kerana keguguran. – AFP

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *