Bekas tentera suntik bahan bahaya untuk besarkan otot lengan

DEMI bertubuh sasa, seorang bekas tentera di Pyatigorsk, Russia, sanggup menyuntik bahan berbahaya dan lengannya kini berotot seperti watak kartun Popeye.

Kirill Tereshin, 21, dengan bangga mempamerkan lengannya sebesar 61 sentimeter di Instagram walaupun dikritik ramai.

Menurut Daily Mail, selepas meninggalkan tentera musim panas lalu, Kirill mula bersenam untuk membina badannya dan bagi mempercepatkan proses itu, dia menyuntik sejenis minyak dikenali sebagai ‘synthol’ untuk membesarkan otot lengan atas dan bawah.

‘Synthol’ kadang-kadang diguna ahli bina badan untuk mempercepatkan pembesaran otot. Ia tidak diharamkan, mengandungi 85 peratus minyak, 7.5 peratus ‘lidocaine’ dan 7.5 peratus alkohol.

Namun, menurut doktor ‘synthol’ boleh menyebabkan kerosakan saraf, stroke, bengkak atau ulser dalam otot.

“Bagi mendapat saiz lengan seperti ini, anda perlu menyuntik beberapa liter ‘synthol’. – Foto DM

Selepas menyuntik bahan itu pada lengannya beberapa bulan lalu, lengan atas Kirill membesar 25 sentimeter dalam tempoh 10 hari.

“Bagi mendapat saiz lengan seperti ini, anda perlu menyuntik beberapa liter.

“Pada permulaannya, saya demam panas hingga terbaring atas katil.

“Saya rasa seperti mahu mati namun selepas beberapa hari, pulih seperti biasa,” katanya yang mahu terus menyuntik cecair itu ke dalam badannya selain senaman bagi mencipta rekod bina badan.

Walaupun lengannya nampak besar dan hebat, namun kekuatannya tidak bertambah kerana otot tidak terbina secara semula jadi.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *