Bekerja Lebih Dari 9 Jam Tingkatkan Risiko Serangan Stroke

Adakah anda seorang yang kuat bekerja? Terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk berehat? Berhati-hatilah, kerana terdapat satu penyeledikan mengatakan jika bekerja lebih dari 9 jam sehari akan memberi bahaya pada kesihatan anda.

Masalah serangan jantung, stress yang melampau, stroke dan pelbagai lagi antara penyakit merbahaya yang mudah dihidapi jika anda tidak menjaga kesihatan dengan baik.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di India, berikut adalah fakta-fakta yang mengatakan bekerja lebih dari 9 jam sehari mampu menyebabkan serangan stroke;

Terdapat sekelompok pekerja yang berumur dari 25 hingga ke 35 tahun merasakan mereka berasa kesunyian kerana tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka ini adalah terdiri daripada pekerja profesional di sebuah syarikat besar di India.

Sebahagian daripada mereka juga masih tidak mempunyai teman hidup untuk dijadikan tempat berkongsi perasaan. Ini disebabkan, mereka perlu bekerja lebih keras daripada yang mereka mahu kerana terdapat persaingan yang besar di dalam syarikat.

Menurut kajian juga, ramai diantara mereka langsung tiada masa untuk bergaul dengan orang ramai, mereka hanya menggunakan teknologi ataupun media sosial sahaja untuk berhubung dengan keluarga, sanak saudara dan juga teman-teman lain.

Dalam kajian yang dibuat oleh Harvard Review, lebih dari 40% daripada pekerja di India masih setia bekerja di syarikat yang sama sehingga usia meningkat ke 70 tahun. Manakala terdapat segelintir daripada mereka juga meninggal dunia di tempat kerja.

Walaupun kajian ini dibuat di India, tidak semestinya ia tidak berlaku di Malaysia kan. Banyak lagi faktor lain yang boleh membuat sesorang itu merasa tertekan bukan setakat di pejabat sahaja. Jadi pandai-pandailah anda membahagikan masa untuk diri sendiri dan juga keluarga ye. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *