Benarkah kerusi boleh jadi punca anak dijangkiti penyakit HMFD?

Anak-anak kecil memang cukup mudah terkena penyakit. Walaupun pada mata kasar kita melihat anak bermain atau diletak di tempat dirasakan sudah bersih, itu tidak bermakna anak-anak kecil anda tidak akan dijangkiti penyakit.

Seorang ibu, Amrina Meena berkongsi pengalaman yang menimpa anak lelakinya Airil yang terkena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dipercayai diperolehi dari kerusi bayi yang digunakan Amrina untuk meletakkan Airil di kedai makan.

“SAYA syak baby chair inilah punca Airil mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sebab keesokannya Airil demam.

“Silap saya sebab malam itu tak bawa baby wipes. Kerusi itu pun tak nampak kotor, so tak adalah nak lap-lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat.

“Jadi selepas ini, saya dah standby segala protection before and after duduk di mana-mana, kena lap dulu habis bersih. Biarlah orang kata apa pun, yang nak menjaga anak tak sihat itu nanti, kita juga,” katanya.

Tetapi, bagaimana kerusi boleh menjadi punca anak dijangkiti penyakit MHFD? Sebenarnya kanak-kanak yang ada virus HFMD wajib dikuarantin kerana HFMD adalah penyakit senang berjangkit.

Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis kanak-kanak yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah dijangkiti pada minggu pertama pesakit itu menghidapinya.

Penyakit ini biasanya akan mudah dijangkiti kanak-kanak berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa.

Oleh sebab itu ibubapa perlulah sentiasa berwaspada bila bawa anak kecil ke tempat awam seperti taman permainan, kedai makan atau tempat-tempat lain yang berpotensi untuk anak-anak terkena jangkitan.

Jika anak anda sudah terkena penyakit ini janganlah mementingkan diri dan membawa anak anda keluar rumah. Duduklah di rumah sehingga anak itu sihat sepenuhnya, jangan disebabkan sikap mementing diri ibubapa bawa anak yang mempunyai penyakit HFMD, kanak-kanak lain pula menjadi mangsa terkena jangkitan itu.

Penyakit HFMD ini juga boleh meragut nyawa, oleh itu ibubapa ambillah langkah berjaga-jaga dengan membawa antibacterial untuk mengelakkan anak dari berjangkit. Mencegah itu lebih baik dari mengubati, ibubapa mana yang sanggup melihat anak kecil mereka berada dalam keadan kesakitan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *