Beranikah DAP hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang?

Pembangkang terutama DAP hanya pandai berjanji manis sahaja untuk menyedapkan telinga dan menarik sokongan rakyat. Namun bila mereka berkuasa dan dapat apa yang mereka mahu, segalanya akan berubah dan janji hanya tinggal janji.

Sebelum ini, dalam manifesto DAP semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol di Sungai Nyior jika DAP berjaya memerintah negeri Pulau Pinang.

Jika dilihat sehingga hari ini, tol di Sungai Nyior masih beroperasi seperti biasa meskipun selepas DAP berjaya memerintah Pulau Pinang. Itu hanya janji kosong dan langsung tidak boleh dipercayai. Kini, DAP sibuk pula mahu menghapuskan tol di Jambatan Pulau Pinang.

Adun DAP Sri Delima, R.S.N Rayer mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan konsesi tol Jambatan Pulau Pinang daripada meneruskan kutipan tol.

Malah beliau mahu kerajaan negeri memaksa Kerajaan Persekutuan menunjukkan perjanjian konsesi itu di mahkamah dan mendapatkan injunksi untuk menghentikan kutipan tol jambatan itu.

“Kita ada ramai peguam di Pulau Pinang. Kerajaan negeri perlu pertimbangkan cadangan ini,” katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng sepatutnya menghapuskan dulu tol di Sunyai Nyior yang sepertimana mereka pernah berjanji sebelum ini. Tidak perlu sibuk mahu menghapuskan tol di Jambatan Pulau Pinang dan mempolitikkan isu ini. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *