Berhati-hati beli sos spaghetti dari luar negara

Anda penggemar spaghetti? Dari beli di luar ramai yang lebih suka masak sendiri di rumah, lebih jimat dan boleh letak lebih banyak isi yang dimahukan. Sos spaghetti yang menjadi kegemaran untuk dimasak pastinya ramai yang suka sos diimport dari luar negara.

Tapi, nampaknya selepas ini anda perlu lebih berhati-hati jika nak masak spaghetti terutamanya jika menggunakan sos tomato jenama Prego. Spaghetti ini adalah makanan luar negara jadi ramai yang suka menggunakan sos jenama Prego botol kaca diimport dari luar negara.

Tetapi, status halal sos Prego dari luar negara ini dikatakan diragui. Salah seorang netizen mendakwa telah termakan sos spaghetti babi apabila membaca label yang terdapat pada botol Prego made in USA bertulis pork minced meat.

Sos jenama Prego ini mempunyai banyak perisa seperti Carbonara Mushroom, Presh Mushroom dan banyak lagi. Tetapi sos Prego Fresh Mushroom botol merah tiada tanda Halal dari JAKIM dan ia diimport dari USA.

Manakala, sos Prego Carbonara Mushroom botol putih dikilangkan Cambell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd ada tanda Halal dari JAKIM dan ia dibuat di Malaysia. Pastikan anda melihat dahulu kandungan yang terdapat dalam sos spaghetti yang anda beli supaya makanan yang dimakan itu halal.

Apapun, jika anda beli sos Prego dalam tin ia adalah sos yang dikilangkan di Malaysia dan mempunyai logo Halal. Elakkan beli sos Prego botol kaca dan belilah sos Prego dalam tin.

Tapi, terdapat juga jenama sos spaghetti lain juga yang sedap untuk dimasak dan terjamin Halal. Antara sos spaghetti yang boleh dibeli adalah sos Kimball. Jika sudah timbul rasa ragu-ragu untuk membeli sos Prego bolehlah anda yang penggemar spaghetti mencuba sos spaghetti Kimball.

Sebagai ibubapa kita perlulah mengambil tahu setiap makanan yang mahu diberikan pada anak-anak. Pastikan terdapat logo Halal pada setiap makanan yang dibeli dan membaca dahulu bahan yang terdapat dalam setiap barang makanan yang kita beli.

Jika anda salah seorang mangsa yang sudah termakan makanan yang tidak halal, berdoa dan memohon ampunlah pada Allah. Semoga umat Islam yang lain mengambil berat tentang perkara ini. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *