Betul Ke Hanya Kawan Biasa Bila Bergambar Macam Tu?

Baru-baru ini, nama penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali hangat diperkatakan selepas netizen mula mengesyaki bintang Akademi Fantasia 10 itu kini sedang bercinta dengan pelakon kacak, Aedy Ashraf.

Isu itu timbul apabila Nabila memuat naik gambar mesra diantara dia dan Aedy di Instagram dan melihat kemesraan mereka itu membuatkan netizen percaya yang kedua-dua pelakon itu kini sah sedang bercinta.

Namun, Nabila telah menyangkal dakwaan itu dan mengatakan yang dia dan Aedy tiada hubungan yang istimewa dan hanya kawan biasa. Malah, dia baru sahaja mengenali Aedy sebulan yang lalu dan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Baru sebulan kenal dan dalam proses mengenali tapi sudah boleh ambil gambar mesra seperti itu? Untungnya Aedy. Kalau macam itulah, mesti ramai lelaki beratur mahu berkawan dengan Nabila, siapa tidak mahu ambil gambar mesra seperti itu dengan kawan mereka.

Jika dilihat kemesraan mereka dalam gambar itu macam mustahil saja nak percaya yang mereka itu hanya berkawan. Kalau ingin bergambar semesra itu pun, pasti sudah berkawan lebih daripada setahun dan sudah masak dengan perangai kawan kita itu.

Sebab tidak semua kawan lelaki-perempuan dapat layanan seperti itu meskipun telah berkawan lebih dari setahun. Yelah, batas pergaulan perlu juga dijaga terutama sekali jika bertudung, sebab nanti apa pula orang katakan.

Mungkin juga, disebabkan oleh sikap Aedy yang matang, gentleman, periang dan senang diajak berbual seperti yang dikatakan oleh Nabila itu telah membuatkan Nabila berasa selesa berkawan dengan Aedy sehingga boleh bergambar mesra seperti itu.

Apapun, kami tetap doakan yang terbaik untuk Nabila Razali dan Aedy Ashraf. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *