Betul Ke Haris Baba Fitnah Rakan Kongsi Sendiri?

Beberapa hari lepas, penyanyi dan juga pelakon, Harris Baba ada mengeluarkan amarannya pada rakan kongsi perniagaannya melalui sebuah portal akhbar tempatan supaya memulangkan semula wang pelaburan yang telah dia lakukan untuk perniagaan mereka.

Menurut sumber, Harris bersama rakan kongsinya telah berjanji untuk berkongsi modal dalam perniagaan aksesori telefon sebanyak 40% dan 60%. Tetapi, meskipun Harris telah selesai membuat pelaburannya, rakan kongsinya itu masih gagal dan cuba mengelak dari membayar bahagiannya.

Berasa curiga dengan rakan kongsinya itu, Harris meminta rakan kongsinya memulangkan semula wang yang telah dia laburkan untuk perniagaan itu tetapi rakan kongsinya itu hanya memulangkan separuh sahaja. Oleh itu, Harris telah memberikan amaran yang dia tidak teragak-agak untuk lakukan sesuatu.

Namun, semalam rakan kongsi Harris yang dikenali sebagai Ammar Fikri telah membuat satu laporan polis kerana menganggap tindakan Harris itu seperti telah mengaiaya dirinya sebagai usahawan muda dengan menyebarkan cerita tidak benar kepada pihak media dan orang ramai.

Berdasarkan laporan portal akhbar tempatan, Ammar akui yang dia dan Harris memang ada membuat perjanjian lisan untuk berkerjasama dalam perniagaan aksesori telefon dan Harris juga telah membuat pembayaran untuk bahagiannya tetapi Ammar meminta tempoh selama tiga hari.

Jelas Ammar lagi, tetapi, secara tiba-tiba, Harris telah menuduhnya sebagai penipu dan meminta wang pelaburannya dikembalikan semula. Disebabkan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan tidak tahan dengan desakan Harris, Ammar pulangkan separuh wang Harris.

Itu kerana Ammar telah menolak kos perbelanjaan untuk penggambaran iklan promosi perniagaan mereka, tetapi Harris tetap berkeras mahukan Ammar membayar wangnya. Jadi, Ammar meminta tempoh kepada Harris.

Tetapi, Harris tetap terus menugut ingin menyebarkan ‘penipuan’ Ammar itu di media sosial, bimbang repustasinya sebagai usahawan muda terjejas, oleh itu Ammar memilih untuk membuat laporan polis.

Adoi, sampai melibatkan polis, pasti kes ini sudah menjadi besar. Bukan ke lebih baik jika sama-sama berbincang dan selesaikan masalah itu dengan cara baik, sama seperti sewaktu sama-sama bersetuju untuk jadi rakan kongsi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *