Betul Ke Orang Yang Bekerja Dipejabat Lebih Cepat Gemuk?

Mesti kecewakan bila penat seharian tahan lapar berdiet, cuba pelbagai jenis senaman, berzumba tapi berat masih juga tidak turun.Persekitaran tempat kerja juga mempunyai pengaruh besar mengapa berat badan susah hendak turun.

Berikut adalah sebab kenapa persekitaran ditempat kerja anda boleh membuatkan berat badan semakin bertambah;

1. Sering Keluar Makan Bersama Rakan Sekerja

Keluar makan bersama rakan sekerja adalah perkara yang setiap orang akan lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Ini adalah punca utama kenapa berat badan kita tak turun kerana sememangnya kita akan keluar makan setiap hari.

Bukanlah sampai tak boleh makan tapi seharusnya kita bijak memilih jenis makanan, sebaiknya pilih salad atau makanan yang rendah kalori jika kita ingin kurangkan berat badan.

2. Tidak Berfikir Semasa Makan

Jika masa makan tengah hari tadi anda sudah mengambil makanan sihat, perut akan merasa lapar kembali dalam pukul 4 petang kerana masa ini mental dan fizikal anda sudah penat. Sebaiknya waktu ini buah-buahan adalah makanan yang terbaik untuk hilangkan rasa lapar.

3. Waktu Bekerja

Waktu kerja juga memainkan peranan penting, jika anda bekerja sehingga lewat malam ataupun terlalu awal pagi ia akan menganggu waktu makan anda. Kebanyakkan orang akan memilih tidur jika punyai waktu terluang daripada beriadah.

Hal ini akan menyebabkan hormon anda terganggu dan membuatkan anda beraa lapar sepanjang waktu. Sebaiknya anda lakukan lah sebanyak mungkin pergerakkan seperti gunakan tangga berbanding lif.

4. Stress Level Tinggi

Gaya hidup pada masa kini sangat terdedah dengan pelbagai jenis tekanan. Hal ini membuatkan anda akan memilih makanan walaupun sebenarnya anda tidaklah lapar, ini adalah kerana Hidroksikortison dalam badan anda yang menhantar isyarat lapar pada waktu yang tak perlu. Tidur yang nyenyak atau pun bersukan adalah sangat membatu ketika ini.

5. Kerja Multi-Tasking

Kajian mendapati, walaupun tubuh badan manusia mampu untuk melakukan pelbagai tugas, ini akan menyebabkan anda stress dan membuatkan perut anda berasa lapar. Jika anda sering berada dalam situasi ini sebaiknya elakkan lah makan makanan ringan.

6. Kurang Minum Air Masak

Kurang minum air masak adalah penyebab terbesar punca berat badan naik mendadak. Sibuk ditempat kerja membuatkan anda lupa untuk meminum air. Jadi bawalah sebotol air mineral dan setkan target untuk habiskan 1.5 liter air dalam masa satu hari. – utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *