Betul Ke Zul Ariffin Halau Anak Autism?

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila anak kepada pelakon Zarina Zainuddin, Azal yang juga seorang autism mendakwa pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin telah memarahi dan menghalaunya sambil mengatakan, “Keluar, I don’t want to see your face anymore.”

Dakwaan itu bermula apabila seorang pengguna Instagram bernama @ridzokumara telah memuat naik satu video di Instagram meluahkan rasa kecewanya kerana orang memperlakukan cucunya yang tidak sempurna kerana menghidap autism seperti itu.

Netizen yang melihat posting itu turut menyuarakan rasa kesal dan marah mereka terhadap tindakan kurang sopan pelakon itu kepada anak istimewa seperti Azal kerana sebagai pelakon terkenal, Zul sepatutnya lebih memahami dan melayan Azal sama seperti peminat-peminatnya yang lain.

Tapi, menurut khabar angin, isu Zul Arifin menghalau Azal itu sebenarnya adalah isu lama tetapi kesahihan kejadian itu masih lagi diragui kerana mungkin ia hanyalah satu cerita yang telah direka atau ia benar-benar telah berlaku.

Apapun, harap itu hanyalah satu cerita yang tidak benar kerana agak mustahil Zul Ariffin berkelakuan tidak beradap seperti itu kepada insan yang istimewa seperti Azal tetapi tidak akan lah Azal sengaja ingin mereka-reka cerita.

Atau, mungkin ada sebab lain kenapa Zul bertindak seperti itu. Terlalu banyak kemungkinan, jika benar, harap isu ini tidak diperbesarkan dan boleh diselesaikan dengan cara yang baik supaya tidak memburukkan mana-mana pihak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *