Betulkah tanda hitam didahi tanda orang kuat beribadah?

Selalu nampak tanda hitam di dahi mesti ada yang kata orang itu sebenarnya kuat beribadah. Tapi, betul ke orang ada tanda hitam di dahi ni kuat beribadah? Kalau tak ada tanda tahi hitam maknanya tidak kuat ibadah.

Jangan salah faham dengan tanda hitam di dahi ini, ada tanda atau tidak ada tanda hitam di dahi bukan penentu seseorang itu kuat beribadah atau tak. Kuat melakukan ibadah itu membuatkan wajah semakin berseri dan dihindari tanda kegelapan di dahi kerana dikhuatiri timbul riak.

Malah sujud yang betul sebenarnya bukan membuatkan timbul tanda hitam di dahi yang membuatkan wajah menjadi buruk. Tapi, jika melakukan sujud yang betul membuatkan wajah nampak berseri-seri.

Sebenarnya dahi ada tanda hitam ini menunjukkan bahawa sujud yang dilakukan kita setiap hari dalam solat adalah salah. Sepatutnya berat badan kita ditambung dengan tangan bukan dengan kepala.

Apabila berat badan ditambung dengan kepala ketika sujud, itu yang terhasilnya tanda hitam di dahi. Abdullah bin Umar bin Khattab ra, salah seorang sahabat yang tidak suka jika ada tanda hitam di dahi seseorang muslim.

Dari ibnu umar, dia amati terdapat seorang yang pada dahinya terdapat sisa sujud. Ibnu Umar mengatakan, “wahai hamba allah, sesungguhnya tampilan seseorang itu ada pada mukanya. Jangan hingga kau jelekkan penampilanmu! ” (cerita baihaqi dalam sunan kubro, 3699).

Terlebih lagi pula dalam kitab hasiyah as – showi,

وليس المراد به ما بصنعه بعض الجهلة المرائين من العلامة في الجبهة فانه من فعل الخوارج وفي الحديث اني لابغض الرجل واكرهه اذا رايت بين عينيه اثر السجود

“Bukanlah yang diperuntukan oleh ayat ialah serupa perbuatan sebagian orang bodoh dan tukang riya’ ialah tanda gelap yang terdapat di dahi lantaran perihal semacam itu ialah karakteristik khas khawarij (baca : ahli bid’ah) ” dalam satu hadits dipaparkan begitu aku tidak suka seseorang yang aku saksikan di antara ke – 2 matanya terdapat sisa sujud (hasyiah ash shawi 4/134, dar angkatan laut (AL) fikr).

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus juga ada menjelaskan tentang ada tanda hitam di dahi juga boleh berlaku jika seseorang itu mengalami masalah kulit. Disebabkan tanggapan orang ramai melihat dahi hitam kuat beribadah ada yang sanggup menconteng batu atau warna hitam untuk menghitam dahi.

Apapun, sebagai umat Islam beribadahlah ikhlas kerana Allah, jangan disebabkan mahu tanda hitam di dahi ibadah yang dilakukan pada Allah tidak ikhlas. Jangan mengharapkan pujian dari manusia tetapi berharaplah pada redha Allah. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *