Bila DAP dan Guan Eng nak minta maaf kepada rakyat Pulau Pinang?

Sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang daripada kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN), sudah banyak kerosakkan yang dilakukan DAP ke atas negeri Pulau Mutiara itu.

Buktinya, habis kawasan bukit ditarah shingga menjadi ‘botak’ dan tanah-tanah negeri habis dijual kepada pemaju luar. Tidak cukup dengan itu, kerakusan DAP yang meluluskan projek pembangunan di kawasan lereng bukit sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.

Selain itu, masalah banjir yang tidak pernah selesai sehingga kini. Antara punca kerap berlaku banjir di negeri itu adalah disebabkan kelemahan sistem perparitan.

Segala masalah yang berlaku di negeri itu berpunca daripada DAP sendiri yang tidak tahu mengurus tadbir negeri itu dengan baik. Tapi bila Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP mahu meminta maaf kepada rakyat negeri itu yang banyak menderita akibat sikap penting diri dan tamak mereka itu?

Memang wajar apabila Penang Front Party (PFP) mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf kepada rakyat negeri ini berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku sejak 21 Oktober lalu.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, kedua-dua tragedi itu telah mengorbankan 11 individu dalam kes tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah dan 7 individu akibat banjir.

Beliau berkata, walaupun projek pembangunan di Tanjung Bungah dibantah ramai pihak termasuk tidak diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi kerajaan negeri tetap berdegil meneruskan projek itu selain dipercayai mengabaikan peraturan pembinaan termasuk kajian tanah.

“Kita gesa kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana mereka menyusahkan kita semua, mereka perlu turun padang untuk tujuan itu.

“Kita desak mereka hentikan semua projek di lereng bukit di negeri ini, ramai sudah terkorban, adakah mereka masih pekak (abai rintihan rakyat) dengan apa yang berlaku?” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *