Buat IG Untuk Anak, Fizo Enggan Ikut Trend Artis Lain

Trend artis bukakan satu akaun Instagram untuk anak mereka yang masih kecil seperti sudah menjadi satu kemestian untuk artis-artis di Malaysia. Malah, ada juga yang telah membuka akaun Instagram anak sebelum dia dilahirkan.

Namun, berbeza pula untuk pelakon Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan Disember ini. Menurutnya , buat masa ini dia masih lagi tidak terfikir untuk membuatkan anaknya yang bakal lahir itu nanti satu akaun Instagram.

Ini kerana dia lebih memilih untuk meraikan kedatangan cahaya mata sulungnya itu dengan secara yang sederhana dengan tidak membuat ‘baby shower’ dan akaun Instagram seperti yang artis lain lakukan.

Dari menkomersialkan wajah anaknya, Fizo yang sangat teruja ingin menjadi bapa itu lebih memilih untuk memberi sepenuh tumpuannya kepada perkembangan anaknya sahaja.

Betul juga tu, perkembangan peringkat awal bayi adalah lebih penting jika ingin dibandingkan dengan media sosial. Bukan nak kata artis lain itu tidak pentingkan perkembangan anak mereka tetapi, akaun Instagram itu bila-bila sahaja boleh buka.

Namun, ia terpulang pada pendapat masing-masing kerana ada ibu bapa yang menganggap Instagram itu sebagai pengganti album, jadi mereka buat khas untuk simpan segala kenangan jadi bila anak mereka besar nanti, dia boleh lihat itu semua.

Kalau tempat simpan kenangan sahaja tiada masalah, jangan sampai buatkan ramai orang melihat itu seperti ingin menkomersialkan anak. Bukan apa, netizen cuma berasa kesian, kecil-kecil lagi sudah terdedah dengan dunia glamour takut mereka tidak bebas merasaikan kehidupan mereka sebagai kanak-kanak.

Apapun, ia tetap berbalik kepada pendapat individu itu sendiri. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *