Budak lelaki 5 tahun maut disembur dengan spray nyamuk

Hanya kerana berang dengan anak lelakinya berusia 5 tahun suka kencing malam, seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri dengan menyembur mulut anaknya dengan spray nyamuk.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Novi Wanti dari Jakarta Barat, Indonesia dikatakan selalu mendera anak kandungannya itu hanya disebabkan kanak-kanak lelaki itu melakukan kesalahan kecil.

Jika sebelum ini, Novi hanya mendera anaknya itu dengan memukul dengan penyapu. Tetapi, disebabkan tidak tahan anaknya itu kencing malam Novi bertindak menjerut anaknya itu dengan tali rafia dan dikurung dalam bilik.

Kanak-kanak itu yang lama ditinggalkan dalam bilik menyebabkan kanak-kanak itu terberak dalam seluar. Pada jam 11 malam Novi menjenguk keadaan anaknya itu dan bertambah berang apabila mendapat tahu anaknya itu berak dalam seluar.

Novi bertindak menyembur spray nyamuk jenama Baygon ke dalam mulut anaknya itu. Akibat disembur spray nyamuk ke dalam mulut, kanak-kanak malang itu tidak sedarkan diri. Melihat keadaan anaknya itu tidak sedarkan diri, Novi cemas dan membawa anaknya itu ke hospital berdekatan. Tetapi, nyawa kanak-kanak malang itu tidak dapat diselamatkan.

Wanita itu dikatakan menjadikan anaknya sebagai tempat melepaskan marah kerana mengalami tekanan hidup. Wanita itu seorang janda yang tidak mempunyai kerja tetap. Menurut kata saksi di tempat kejadian, meraka ada mendengar kanak-kanak malang itu ada meminta maaf pada ibunya dan menjanji tidak akan mengulangi perbuatannya kencing dalam seluar. Namun, ibunya itu tetap tidak mengendahkan pujuk rayu anaknya itu.

Disebabkan ibu yang mengalami tekanan hidup, anak kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa dera. Janganlah melepaskan perasaan marah pada anak-anak, sesungguhnya anak itu ibarat kain putih, sebagai ibu andalah yang mencorak mereka.

Normal untuk kanak-kanak yang masih kecil kencing dalam seluar pada waktu malam kerana mereka masih tidak biasa untuk bangun sendiri dan kencing di tandas. Ia mengambil masa buat kanak-kanak itu untuk membiasakan diri sebelum boleh kencing sendiri di tandas. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *