CEO tawar RM41,924 kepada sesiapa yang dapat cari teman wanita buatnya

SEORANG ketua pegawai eksekutif (CEO) SelfHacked, sebuah syarikat yang berpangkalan di California, Joe Cohen menawarkan AS$10,000 (RM41,924) kepada sesiapa yang dapat mencarikannya teman wanita yang sesuai buatnya.

Beliau turut menawarkan AS$2,000 (RM8,384) kepada sesiapa yang boleh memperkenalkannya kepada orang lain yang boleh menghubungkannya dengan wanita.

Cohen yang berumur 30 tahun mencipta iklan mencari kekasih di blognya yang begitu kompleks.

Sebab itulah beliau memilih cara yang berbeza untuk mencari pasangan hati.

Menurut Cohen, bayaran sebagai ganjaran akan diberikan sekiranya beliau berjaya menjalinkan hubungan dengan wanita selama sekurang-kurangnya empat bulan.

Tempoh tersebut dikatakan untuk Cohen mengambil masa mengenali seseorang, selain perlu berhati-hati terhadap wanita yang hanya mahu mengikis wang.

Ciri-ciri wanita pilihan Cohen adalah bijak, berfikiran terbuka, matang, berketinggian di bawah 5 kaki 9 inci serta berumur antara 20 dan 30 tahun.

Antara lain wanita yang tidak materialistik adalah pilihan ideal buatnya.

Jika wanita itu tidak tinggal di selatan California, wanita berkenaan perlu sanggup untuk berhijrah.

Malah, usahawan muda tersebut sedia membayar tiket kapal terbang dan kos penginapan di selatan California menerusi perkhidmatan Airbnb sepanjang perkenalan mereka. – odditycentral

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *