Cinta tiga segi dengan isteri orang akhirnya bawa maut

Akibat menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan isteri orang, seorang lelaki telah diculik dan dibunuh. Kejadian yang berlaku di Seremban itu telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Suami yang mula dapat menghidu isterinya telah menjalinkan hubungan dengan mangsa yang berusia 29 tahun telah bertindak di luar kawalan. Suspek bertindak menculik mangsa dan membunuh, sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan tanah perkuburan bukan Islam.

Mangsa dan isteri suspek telah menjalinkan hubungan cinta tiga segi secara senyap-senyap dan tidak menyangka suspek akan mengetahui akan hubungan sulit yang mereka lakukan.

“Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

“Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa,” katanya.

Menurut saksi kejadian iaitu bapa suadara mangsa, anak saudaranya itu telah diculik oleh tiga lelaki. Oleh itu, ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis.

Keluarga mangsa telah cuba menghubungi berulang kali tetapi gagal dan segala usaha untuk mencari mangsa telah menemui jalan buntu. Setelah sebulan kehilangan mangsa, keluarga telah membuat sekali lagi laporan polis mengatakan mangsa telah diculik sekumpulan gengster.

Hasil siasatan, pihak polis telah menahan dan suspek telah menunjukkan pihak polis tempat menyembunyikan mayat dan kerja-kerja menggali semula ‘kubur’ yang ditanam telah dilakukan. Sehingga kini pihak polis masih lagi menyiasat kes ini.

Sebelum ini, terdapat kes dilaporkan percintaan tiga segi berakhir dengan tragedi apabila suami dibunuh oleh teman lelaki isteri di rumahnya akibat cinta mereka dihalang keluarga. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *