Cuba Makanan Ini Sebelum Tidur Jika Anda Penghidap Insomnia

Tidur yang cukup adalah sangat penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Tetapi bagi pesakit insomnia atau penyakit susah tidur pasti sukar untuk mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.

Walaupun begitu, penyakit insomnia boleh diubati jika anda mengamalkan beberapa jenis makanan dibawah sebelum masuk tidu;.

BADAM

Tahukah anda, kacang badam sangat kaya dengan khasiat seperti tritofan dan megnesium yang amat diperlukan dalam badan supaya  mendapat tidur yang berkualiti.

Selain itu, khasiat lain yang terdapat dalam badam juga akan membuatkan otot dan saraf anda  mendapat tidur yang tenang.

BAYAM

Sayuran hijau seperti bayam mengandungi folay, magnesium dan vitamin B6 dan C yang membolehkan anda tidur dengan nyenyak.

PISANG

Kandungan potasium, magnesium dan triptofan yang terdapat dalam pisang ini berperanan untuk mengatur hormon serotonin dan melatonin untuk anda tidur dengan perasaan tenang dan damai.

MADU

Madu boleh membuatkan tubuh anda menjadi lebih rileks dengan merangsang pelepasan hormon melatonin dan menghadkan pelepasan hormon oreksin. Apabila tubuh menjadi selesa, maka anda akan menjadi mudah untuk terlelap.

BIJIRIN OAT

Karbohidrat kompleks yang terdapat dalam bijirin oat sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk merangsang penghasilan hormon serotonin dan melatonin yang membantu tubuh untuk tidur.

UBI

Bukan sahaja tinggi dengan karbohidrat kompleks, ubi nuga kaya dengan potasium yang boleh membuatkan otot anda menjadi lebih tenang supaya anda boleh mendapatkan tidur yang nyenyak.

SUSU

Minum segelas susu panas sebelum tidur adalah salah satu cara yang terbaik untuk membantu anda mendapatkan tidur yang sempurna. Ini kerana susu penuh dengan kalsium yang dapat merangsang otak untuk menghasilkan hormon melatonin.

COKLAT

Coklat sangat bermanfaat untuk membuatkan tubuh dan fikiran anda menjadi lebih tenteram. Untuk lebih sihat, pilihlah coklat pahit ataupun dark chocolate kerana ia lebih rendah kandungan gula.

utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *