Datuk Seri Vida Turut Jadi Mangsa Macau Scam

Semalam usahawan produk kecantikan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) telah menceritakan detik cemas yang menimpanya selepas hampir ditipu dengan individu yang menyamar sebagai anggota polis dan pihak bank.

Menurut DSV, dia telah mendapat satu panggilan telefon dari seorang pegawai bank untuk memaklumkan yang akaun peribadinya telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan. Terkejut dengan berita itu, DSV meminta siasatan dilakukan.

‘Pegawai bank’ itu kemudian mengatakan yang seorang ‘pegawai polis’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan menghubunginya dan selepas itu, DSV mula menerima panggilan dari beberapa individu dan ia berlarutan selama dua jam.

Namun, DSV tidak lagi mengesyaki yang panggilan itu sebenarnya adalah dari scammers kerana nombor telefon yang mereka gunakan betul dan maklumat peribadinya juga tepat.

Disebabkan hampir kerugian wang sebanyak RM30,000, selepas membuat laporan polis, DSV kemudian membuat FB Live untuk berkongsi pengalaman dan meningatkan pengikutnya di media sosial supaya tidak mudah terpedaya dan mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Tindakan DSV itu betul, zaman sekarang ini, scammers mempunyai pelbagai cara untuk memperdayakan orang sehinggakan sanggup mengunakan nombor telefon polis atau bank yang sebenar supaya orang ramai percaya dengan penipuan mereka itu.

Kalau jutawan dan artis seperti DSV pun hampir terkena, ini kan pula kita orang biasa ini. Jadi amalkan sikap berhati-hati terutamanya jika ada anggota polis atau pegawai bank telefon mengatakan ada tunggakan atau ada kes berdaftar atas nama anda.

Jalan selamat, hubungi balai polis atau bank itu semula untuk lakukan semakan supaya anda tidak menjadi mangsa scammers yang semakin berleluasa kini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *