Datuk Terlajak Laris Kini Terlajak Sentap Dikecam Netizen

Nama ushawan produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri sentiasa menjadi bahan kecaman netizen berikutan tabiatnya yang suka berkongsi segala benda di media sosial.

Baru-baru ini, nama Datuk Aliff Syukri dikecam lagi selepas dia memuat naik satu status mengatakan yang dia perlukan kereta yang lebih besar dari yang dia sudah miliki sekarang. Disebabkan status itu, netizen telah membanjiri status usahawan ‘Terlajak Laris’ itu dengan kritikkan negatif.

Menurut netizen, kereta yang Datuk Aliff miliki sekarang ini sudah cukup besar tetapi jika dia masih inginkan kenderaan yang lebih besar, van jenazah amat bersesuaian dengannya kerana selain dari luas ia juga boleh menjadi bekalan di masa hadapan.

Malah, ada juga yang mengatakan status yang dibuat Datuk Terlajak Laris itu kelihatan seperti riak dan tidak reti bersyukur dengan rezeki yang dia telah perolehi kerana ini bukanlah kali pertama dia memuat naik sesuatu yang kedengaran seperti orang riak.

Sebelum ini Datuk Aliff pernah menyuarakan yang rumah mewahnya itu sebagai kecil. Walahal, satu Malaysia sudah sedia maklum yang kediaman Datuk Terlajak Laris itu boleh dikatakan sudah terlajak mewah. Malah, kemewahan yang dimiliki oleh pengasas produk D’Herbs itu memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Tapi, betul juga apa yang netizen cuba katakan itu, sepatutnya Datuk Aliff Syukri bersyukur dengan kemewahan dan rezeki yang telah Allah SWT berikan kepadanya kerana tidak semua orang berpeluang merasai kenikmatan seperti itu.

Lagipula, jika tidak mahu terlajak sentap akibat dikecam netizen yang sudah sedia maklum suka bab-bab mengkritik ini, adalah lebih baik jika Datuk Aliff tidak memuat naik status riak seperti itu lagi. Bukan apa kadang-kala, kita memang tiada niat untuk riak tetapi cara orang bacanya membuatkan ia kelihatan seperti riak.

Jadi, Datuk Aliff pun tidak perlu terlajak sentap dengan segala komen negatif netizen. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *