Dayang Dan Syamel Calon Pilihan Juarai AJL 32

Semalam telah berlangsungnya konsert separuh akhir Muzik Muzik 32 dan menyaksikan 12 lagu berjaya mara dan bakal bertanding di pentas Anugerah Juara Laju (AJL) Ke-32 yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.

Senarai penuh 12 daripada 30 buah lagu yang bakal bertanding itu telah diumumkan pengacara Muzik Muzik 32 iaitu Shery Al-Hadad dan Hefny Sahad selepas ke semua peserta bertanding selama tiga minggu berturut-turut dihadapan juri professional.

Meskipun, AJL tahun ini dilihat didonimasi oleh penyanyi-penyanyi baru seperti Haqiem Rusli, Wany Hazrita, Ara, Ernie Zakri dan Khai Bahar, tetapi nama penyanyi-penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah, Syamel dan Hazama juga turut tercalon.

Dan itu membuatkan netizen sudah boleh meneka siapa yang bakal menjuarai AJL 32 itu nanti. Ini kerana penyertaan penyanyi-penyanyi senior yang lebih berbakat dan mempunyai vokal hebat seperti itu sudah pasti tidak mudah untuk ditandingi.

Seperti AJL sebelum ini, nama penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah telah meranggul dua anugerah. Oleh itu, melalui penyertaan Dayang kali ini menerusi lagu ciptaan Ajai, ‘Separuh Matiku Bercinta’ sudah pasti buatkan netizen yakin yang penyanyi bersuara lunak itu bakal menjadi juara AJL 32 juga.

Selain Dayang, nama bintang kelahiran program realiti, Syamel yang tercalon menerusi dua buah lagu iaitu ‘Lebih Sempurna’ dan ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri juga turut diperkatakan bakal menjadi juara AJL 32.

Bukan ingin mengatakan penyanyi baru tidak berbakat tetapi sudah pasti anugerah berprestij seperti itu akhirnya akan menjadi milik penyanyi yang lebih berpengalaman.

Namun, harap semua peserta boleh membuatkan persaingan di pentas AJL 32 menjadi sengit supaya pemikiran netizen yang penyanyi senior pasti akan menang boleh dihapuskan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *