Dayang Nurfaizah Akan Tetap Menyanyi Selagi Mampu

Aura Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi senior yang masih lagi aktif dalam industri nyanyian rupanya bukan sahaja menakutkan penyanyi baru tetapi Dayang sendiri turut berasa perkara yang sama.

Ini kerana, pada Dayang penyanyi-penyanyi baru yang ada masa kini kelihatan sangat menakutkan.

Namun, meskipun sudah 18 tahun dalam industri, Dayang tidak pernah terfikir untuk berhenti menyanyi atau berundur dari menyertai sebarang pertandingan lagu seperti Anugerah Juara Lagu.

Melainkan jika dia sakit atau keadaan vokalnya tidak mengizinkan untuk dia menyanyi. Alasan itu mungkin boleh diterima jika Dayang ingin berhenti menyanyi tetapi sampai bila Dayang nak masuk bertanding dalam pertandingan lagu.

Bukan apa, sepatutnya sebagai penyanyi senior, Dayang mungkin boleh contohi penyanyi-penyanyi lain yang memilih untuk tidak memasuki mana-mana pertandingan nyanyian kerana mahu beri peluang kepada penyanyi-penyanyi baru.

Betul juga, kalau penyanyi baru itu bersaing dengan penyanyi sehebat Dayang sudah pasti Dayang akan menjadi pesaing terhebat mereka yang akhirnya akan tewas. Penonton pula sudah tentu-tentu yakin yang Dayang akan menang.

Lagi pula, jika Dayang berhenti dari menyertai mana-mana pertandingan menyanyi itu tidak bermakna nama Dayang terus hilang dalam industri. Sudah tentu nama Dayang akan sentiasa netizen ingati sama seperti penyanyi lagenda lain.

Meskipun tidak menyertai mana-mana pertandngan nyanyian tetapi masih diingati dan mempunyai lagu baru. Yang pastinya, tiada artis baru yang mampu menandingi kehebatan suara Dayang Nurfaizah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *