Dengan sekali lafaz, Fazura kini SAH jadi milik Fattah..

Dengan sekali lafaz, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura kini sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota tadi.

Majlis akad nikah pada pukul 9.50 malam dan berwalikan abang sulung Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Berita tersebut disahkan oleh pihak pengurusan Universal Music menerusi kenyataan media.

Fazura dan Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 27, sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan pada 13 November lalu.

Kedua-duanya mula menjalin hubungan sejak membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella awal tahun ini.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *