Dipaksa bayar RM20k, Ahlong terpaksa rayu bantuan SPRM

Gara-gara tidak mampu untuk memberi ‘rasuah’ berjumlah RM20,000 sebulan kepada empat anggota polis, ‘Ah Long’ terpaksa melaporkan aktiviti peras ugut itu kepada pihak SPRM.

‘Ah Long’ itu telah diperas ugut oleh empat anggota polis berlainan pangkat supaya memberikan mereka ‘rasuah’ sebanyak RM20,000 sebulan jika tidak mahu kegiatan haramnya itu diambil tindakan. Disebabkan tidak mampu untuk memberikan ‘rasuah’ sebanyak itu, ‘Ah Long’ terpaksa rayu bantuan pihak SPRM.

Mulanya Ah Long itu bersetuju membayar RM20,000 sebulan agar aktiviti haramnya itu tidak diambil tindakan oleh pihak polis terbabit. Tetapi, lama-kelamaan disebabkan jumlah yang diminta terlalu tinggi, Ah Long itu sudah tidak mampu untuk memberi rasuah sebanyak itu pada 4 anggota polis terbabit.

Hasil laporan Ah Long pada pihak SPRM, mereka telah bersepakat bersama-sama untuk memerangkap salah seorang daripada empat anggota polis yang berpangkat inspektor.

Hasil perangkap SPRM dan Ah Long itu, polis berpangkat inspektor berusia 34 tahun itu telah termasuk dalam perangkap apabila menerima wang RM18,000 yang diberikan oleh Ah Long.

Tidak lama selepas anggota polis itu menerima ‘rasuah’ dari Ah long itu, pihak SPRM yang telah bersembunyi telah keluar menyerbu anggota polis terbabit.

Selepas penangkapan anggota polis berpangkat inspektor itu, tiga lagi anggota polis yang terlibat sama telah ditahan pegawai SPRM. Sepatutnya kegiatan rasuah melibatkan anggota dan pegawai polis tidak sepatutnya wujud dan berlaku.

Pasukan polis tlah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras rasuah.

Rasuah ini adalah satu jenayah dan jika tidak dibendung boleh mengakibatkan banyak masalah sosial disebabkan undang-undang tidak dipatuhi dengan sepenuhnya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *