Disney Sahkan Beyonce Akan Jadi ‘Nala’ Dalam Filem The Lion King

Los Angeles – Teka-teki mengenai penglibatan Beyonce di dalam projek filem ‘live action’, The Lion King kini telah terjawab.

Baru-baru ini, Disney yang merupakan rumah produksi untuk filem ‘The Lion King’ telah mengumumkan yang penyanyi ‘Irreplaceable’ itu akan mengambil bahagian dalam filem itu.

Mengunakan akaun Facebooknya, Beyonce juga turut mengesahkan penglibatannya dalam projek itu.

Beyonce akan melakonkan watak singa betina yang bernama Nala bersama Donald Glover yang akan menjadi watak utama Simba.

Selain itu, pelakon-pelakon lain yang turut akan membintangi filem ‘The Lion King’ adalah Chiwetal Eijofor (Scar), Seth Rogen (Pumba the Warthog), pelawak British, John Oliver (Zazu) serta Earl James yang akan memainkan watak Musafa sama seperti dalam ‘Lion King’ 1994.

Manakala, pelakon filem ‘Captain America: Civil War’ iaitu Ifre Woodward pula melakonkan watak singa betina bernama Sarabi dan John Kani sebagai monyet terhormat, Rafiki.

Filem ‘The Lion King’ ini juga dijangka akan setanding dengan filem ‘remake’ baru-baru ini iaitu ‘The Jungle Book’ kerana ia turut mempunyai barisan pelakon yang bernama besar.

Dan, menurut laporan sebelum ini, Beyonce bukan sahaja akan menyumbangkan suaranya untuk watak Nala tetapi dia juga dikatakan akan menjadi salah seorang penyanyi ‘soundtrack’ untuk filem ‘Lion King’.

Filem arahan Jon Favreau ini dijangka akan keluar dipawangam pada bulan Julai 2019. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *