Draft Asean tidak sentuh penghijrahan beramai-ramai etnik Islam Rohingya

MANILA – Draf kenyata–an yang akan dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-30 di sini tidak menyentuh penghijrahan beramai-ramai etnik Islam Rohingya dari Negeri Rakhine di Myanmar susulan operasi tentera yang dianggap sebagai penghapusan etnik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Draf resolusi itu yang dilihat agensi berita Reuters semalam sebaliknya menyebut tentang kepentingan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di Vietnam dan perang bandar dengan pemberontak Islam di Filipina baru-baru ini di samping komuniti yang terjejas di Rakhine, utara Filipina.

Kenyataan tersebut dirangka semasa 10 negara ASEAN termasuk Myanmar di Manila semalam.

Draf itu tidak memberikan sebarang butiran berhubung situasi di Rakhine ataupun menggunakan terma penindasan Rohingya, perkara yang cuba dielakkan oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Lebih 600,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh untuk berlin–dung di kem-kem pelarian selepas tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan sebagai tindak balas terhadap serangan pemberontak Rohingya ke atas lebih 30 pos keselamatan pada 25 Ogos lalu.

Beberapa anggota ASEAN terutamanya Malaysia telah menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu. Namun, dasar ASEAN untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota–nya menyebabkan perkara tersebut tidak diberikan tumpuan pada sidang kemuncak kali ini. – Reuters

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *