Dua gadis sanggup jual dara demi bayar hutang

Hanya disebabkan wang ringgit dan mahu bebas dari hutang, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah  menjual ‘dara’. Jangan tak percaya pula perkara ini sudah semakin popular di Jerman di mana ramai gadis sanggup menjual dara mereka semata-mata mahukan duit untuk membayar hutang.

Dua gadis yang dikenali sebagai Lola, 18 dan Monica, 20 antara dua pelajar yang menjual dara mereka demi wang ringgit. Di Jerman terdapat satu laman web yang popular dikalangan pelajar dan orang dewasa dikenali sebagai ‘Pengiring Cinderella’.

Laman web ‘Pengiring Cinderella’ ini menawarkan perkhidmatan membeli dan menjual dara dari kalangan pelajar dan orang dewasa. Ramai gadis-gadis meletakkan tawaran ‘dara’ mereka paling rendah sebanyak 20 ribu pound British (27 ribu Euro).

Disebabkan faktor kemiskinan, ia menjadi sebab utama ramai orang sanggup menjual apa sahaja yang mereka miliki termasuk ‘dara’ bagi memperolehi wang. Malah, ada antara gadis sanggup menjual ‘dara’ disebabkan dibelenggu hutang keluarga.

Tiada jalan lain untuk mendapatkan wang dengan cara yang cepat untuk menyelesaikan hutang, mereka menjual ‘dara’ mereka pada mana-mana orang yang memberikan tawaran wang yang tinggi.

Seorang pekerja untuk ‘peringiring Cinderella’ dikenali Jan Zakobielski, 26 yang menyediakan bilik pada pelanggan telah menjadikan rumah ibubapanya di German sebagai tempat ‘Pengiring Cinderella’ lakukan hubungan seks.

Lola mendedahkan dia menjual ‘dara’ kerana mahu hidup tanpa dibelenggu hutang. Malah, Lola mendedahkan akan menggunakan wang yang diperolehi hasil jual ‘dara’ itu untuk membantu keluarga keluar dari hutang.

Gadis Belanda, Monica pula mengatakan dia membuat keputusan untuk menjual ‘dara’ kerana mahu menampung kos pembelajarannya. Sehingga kini dia masih belum jumpa dengan mana-mana orang yang mahu membeli ‘dara’ dengan tawaran yang tinggi.

“Kos untuk masuk universiti tidak murah, jadi saya mahu membayar kos pembelajaran saya dengan cara ini. Ini adalah pilihan terbaik untuk saya, ia juga akan menjamin masa depan saya,” katanya.

Apapun, setiap gadis yang mahu menjual ‘dara’ mereka di laman web ‘Pengiring Cinderella’ perlulah mendapat sjil doktor dahulu yang mengesahkan mereka masih mempunyai ‘dara’. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *