Fathia Latif Tak Mengaku Dirinya Anti Kerajaan

Sebut sahaja nama Fathia Latiff pasti ramai orang masih teringat akan komen sinisnya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan isu banjir besar yang melanda Pulau Pinang minggu lalu.

Disebabkan kelancangannya menyuarakan pendapat di Twitter sehingga kelihatan seperti memerli Datuk Seri Najib itu nama Fathia Latiff telah menjadi bahan kritikan netizen yang rata-rata tidak puas hati dengan tindakan kurang sopan Fathia terhadap Perdana Menteri Malaysia itu.

Selepas sekian lama mendiam diri, Fathia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada netizen yang berang dengan kenyataan kurang sopannya itu.

Menurut Fathia, dia tidak bermaksud untuk ‘mempolitikkan’ isu banjir itu atau berpihak kepada mana-mana parti, tetapi dia lakukan itu sebagai mewakili suara rakyat Malaysia. Dan, disebabkan status dia sebagai ‘public figure’, tweetnya itu pasti dapat bantu menyampaikan mesej rakyat.

Hebat betul status ‘public figure’ yang dimiliki Fathia itu sehinggakan pendapatnya itu boleh sampai dengan pantas kepada Perdana Menteri. Tapi hairan juga mengapa Fathia target Perdana Menteri sedangkan banyak lagi pihak yang boleh dikatikan dengan isu banjir itu.

Tahulah yang Perdana Menteri orang paling berkuasa tetapi, dah nama pun Perdana Menteri, sudah tentu Datuk Seri sudah awal-awal tahu mengenai banjir yang melanda Pulau Pinang dan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

Sayangnya, status ‘public figure’ yang dipegang Fathia itu tidak cukup besar sehingga Perdana Menteri perlu laporkan setiap pergerakannya kepada Fathia. Lagi pula, banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk bantu suarakan pandangan rakyat. Tidak perlu keluarkan kenyataan kurang bijak seperti itu sehingga memalukan imej ‘public figure’-nya.

Semoga semua kontroversi hangat yang melanda Fathia Latiff ini dapat memberikannya pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapatnya kelak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *