Fattah Amin Tak Kisah Kahwin Dengan Wanita Lebih Tua?

Gosip mengenai pelakon lelaki terhangat, Fattah Amin ternyata tidak berkesudahan apabila Fattah mahupun Fazura terus menerus membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai hubungan mereka yang sebenar.

Selepas masing-masing enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bertunang. Namun, baru-baru ini, menurut sumber dari akhbar tempatan, Fattah telah mengakui yang dia terima siapa sahaja jodohnya.

Yang mungkin adalah dengan Fazura atau sesiapa sahaja. Malah, dia juga tidak kisah jika bakal isterinya kelak adalah wanita yang lebih matang darinya.

Wow, adakah itu satu hint yang Fattah dan Fazura adalah benar-benar bercinta dan bakal bertunang seperti yang diperkatakan. Kalau diikutkan, Fazura adalah salah seorang wanita matang yang rapat dengan Fattah dan mereka juga kelihatan secocok bersama, bak pinang di belah dua.

Lagi pula, dengan semua perlakuan romantik yang mereka saling lakukan, tidak mungkin itu semua dibuat atas sekadar dasar berkawan.  Namun, nampak gayanya peminat #Fattzura akan terus berteka-teki mengenai hubungan sebenar selebriti kesayangan mereka itu sehinggalah salah seorang daripada mereka buka mulut dan menjelaskan isu ini.

Lagipun, jodoh adalah rahsia Allah SWT, kalau sudah tertulis yang jodoh Fattah Amin adalah Fazura atau wanita matang lain, sebagai peminat, doakan sahaja yang terbaik untuk Fattah dan Fazura.

Kiranya Fattah, Dato Seri Vida pun ada peluanglah ni sebab Dato Vida juga tergolong dalam kategori wanita matang yang berjaya lagi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *