Gadis 17 tahun jadi mangsa nafsu buas majikan kedai roti

Detik hitam menimpa seorang remaja 17 tahun apabila dia telah menjadi mangsa nafsu buas majikan kedai rotinya bekerja. Mangsa yang baru lima hari bekerja sebagai pembantu kedai telah menjadi mangsa rogol majikanya di rumah.

Remaja itu bekerja di kedai roti di Seri Kembangan berkata suspek yang berusia 50 tahun itu menggunakan taktik kotor untuk ‘memancing’ dirinya mengikut suspek ke rumahnya di Puchong Jaya.

Suspek meminta remaja itu mengikutnya ke rumah untuk mengambil mengambil barang yang tertinggal. Apabila mereka berdua-duaan dalam rumah, suspek telah kunci pintu dan menyerang mangsa.

Ketika diserang remaja itu memaklumkan pada suspek bahawa dia sedang datang bulan. Tetapi, suspek tidak mengendahkan hal itu dan tetap merogol mangsa. Suspek telah merogol mangsa kali kedua di dalam tandas dan melakukan perbuatan ‘nakal’ dengan mangsa.

Sebelum menghantar mangsa itu pulang, majikan kedai roti itu sempat memberi amaran pada mangsa untuk tidak menceritakan kejadian dirogol itu pada sesiapa.

Ibubapa remaja itu telah membuat laporan polis selepas mendapat tahu kejadian menimpa anak mereka. Tindakan pantas pihak polis Daerah Subang Jaya telah berjaya menahan suspek di hotel Puchong.

Kes ini telah mendapat perhatian ramai berikutan kes rogol sudah berada di tahap membimbangkan. Baru-baru ini, seorang pelajar wanita intitusi pengajian tinggi turut menjadi mangsa rogol seorang suspek yang pada mulanya berpura-pura bertanya arah jalan, kemudian memaksa mangsa masuk dalam kenderaan dan merogolnya.

Kaum wanita dinasihatkan selepas ini lebih berhati-hati dalam memohon kerja dan tidak berjalan berseorangan di tempat sunyi. Mungkin kaum wanita boleh membawa pepper spray atau belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan jika berlaku perkara yang tidak diingini. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *