Gadis cantik 17 tahun ini rela nikah dengan Atuk berumur 60 tahun..

Apa lagi yang boleh dikatakan selain dari ‘tuah badan’ apabila seorang warga emas mampu menawan hati gadis muda sehingga menjadi isterinya yang sah.

Di sebuah kawasan Sulawesi Tenggara, Indonesia, seorang lelaki berusia 60 tahun disifatkan sebagai sangat beruntung kerana melangsungkan perkahwinan dengan gadis remaja.

Lelaki yang dikenali sebagai Badu itu telah bernikah dengan Ika Nurjanah yang berusia 17 tahun.

Menurut rakan kepada Ika Nurjanah yang bernama Yuni Rusmini, bibit-bibit cinta diantara dua pasangan tersebut bermula di kebun sayur-sayuran sahaja.

Oleh kerana kebun Badu dan juga ibubapa Ika yang hanya bersebelahan, lelaki warga emas tersebut dikatakan mulai jatuh hati kepada Ika yang setiap hari menolong ibubapanya.

Rasa cinta dihati Badu tidak dapat ditahan lagi terutamanya selepas Ika juga menunjukkan respon positif terhadap perkenalan diantara mereka.

Akhirnya Badu memberanikan diri untuk merisik dan menyampaikan hasrat untuk memperisterikan Ika kepada keluarganya.

Setelah dipersetujui, kedua-dua pasangan berkenaan dinikahkan di pejabat Agama daerah tersebut sambil dihadiri oleh keluarga terdekat.

Menariknya, Badu hanya memberikan hantaran sebanyak Rp 300 ribu atau bersamaaan RM 91 sahaja kepada keluarga pengantin perempuan terbabit.

Ini membuktikan bahawa cinta itu mampu melewati batas usia dan juga kekayaan. Diharapkan kedua-duanya berbahagia hingga ke akhir hayat. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *