Gadis ini dihina dan dipulau kerana terlalu cantik

Hidup ini memang sukar untuk buatkan semua orang sukakan kita. Malah bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Macam-macam perkara baik yang telah dilakukan pada seseorang itu, tetap juga dikatakan jahat.

Nasib menimpa Celine Farach kerana memilik rupa paras yang cantik membuatkan ramai orang tidak sukakannya terumatanya wanita. Disebabkan rasa cemburu dengan kecantikkan Celine, wanita ini mula dipulau dan dibuli.

Celine perlu melalui keadaan dipulau oleh rakan-rakannya itu setelah dia mendapat tawaran untuk menjadi model jenama terkenal ‘Wilhemia Models’. Disebabkan memiliki rupa dan bentuk badan yang cantik Celina telah menjadi model kanak-kanak untuk barang-barang berjenama.

Tetapi, kejayaan Celine menjadi model membuatkan ramai rakan-rakannya menjauhkan diri darinya. Sejak menempuh alam sekolah menengah banyak pelajar yang membulinya.

Setiap kali melakukan aktiviti sekolah Celine dilihat duduk berseorangan dan tiada siapa yang akan mendekati dirinya. Ada yang mengejek-ngejek Celine dan mengingatkan pelajar lain supaya jangan mendekati Celine.

Keadaan ini membuatkan wanita ini rasa dipinggirkan dan sedih. Akhirnya Celine mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar di rumah. Disebabkan keputusan itu, ibubapa Celine tidak dapat berbuat apa-apa.

Namun begitu, keadaan Celine menjadi semakin buruk kerana merasakan tiada guna hidup dan berputus asa dengan apa sahaja yang dilakukan. Celine telah mengalami kemurungan dan tertekan. Tetapi, Celine mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya dari terus kemurungan.

Celine keluar dari kehidupannya yang kemurungan itu dan mula melakukan aktiviti seperti meluncur ais, membela anjing, dan terlibat dengan menyanyi serta menghasilkan lagu sendiri yang ditujukan khas pada orang yang membulinya suatu ketika dulu.

Kini, kehidupan Celine sudah semkain berjaya dan dia telah menjadi ikon untuk mangsa-mangsa buli supaya berani melindungi diri sendiri. Celine juga sudah mempunyai rakan-rakan yang ikhlas berkawan dengannya.

“Hari ini kamu membuli aku, besok kamu lihat aku ada di puncak dunia, biarkan kamu melihatku disana” lirik ditulis Celine.

Kisah kehidupan Celine ini cukup memberi insprirasi pada orang ramai. Jangan terlalu mudah mengalah walaupun anda menjadi mangsa buli. Pembuli suka melihat jika kita jatuh terduduk. Tetapi, kita perlu bangun dan buktikan kita tetap kuat dan melawan semula pembuli seperti ini.

Hampir di semua sekolah terdapat pelajar yang suka membuli. Ada antara mangsa buli yang mengalami kemurungan dan tekanan hidup mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jauhilah hidup dari membuli dan jangan terlalu cemburu dengan kejayaan orang lain. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *