Gara-gara mahu kurus, wanita ini maut selepas proses sedut lemak

Dengan teknologi yang ada sekarang dan sudah semakin canggih, ramai orang suka mengambil jalan mudah untuk menjadi cantik dan kurus dengan cara cepat iaitu lakukan pembedahan. Teknologi sekarang hanya lakukan pembedahan sedut lemak untuk kurus dan melakukan pembedahan plastik untuk cantik.

Walaupun begitu, setiap pembedahan yang dilakukan mempunyai risiko-risiko tertentu pada pesakit. Pembedahan kecantikkan yang dijalankan oleh doktor juga boleh meragut nyawa jika tidak dilakukan dengan betul

Disebabkan mahu kurus dengan cara cepat, seorang wanita maut selepas proses sedut lemak dari badannya selesai dijalankan. Wanita yang berasal dari Singapura dikenali sebagai Alicia telah menjalani pembedahan sedut lemak di Selatan India.

Tetapi, nasib malang menimpa Alicia apabila selesai membuang lemak daripada 85 kilogram berat badan asalnya. Alicia mengalami serangan jantung. Suami Alicia iaitu Vijayakumar merupakan ahli perniagaan di Singapura telah dihalang untuk berjumpa Alicia selepas selesai pembedahan.

Vijayakumar hanya dimaklumkan pihak hospital selepas isterinya mati akibat serangan jantung. Vijayakumar mendakwa isterinya itu mati disebabkan kecuaian pihak hospital.

“Kami selesai pembedahan pada pukul 5.30 petang pada Rabu dan wanita itu dipindahkan ke wad pasca-pembedahan yang dipantau oleh pegawai perubatan.

“Selepas hampir enam jam, dia meninggal dunia akibat serangan jantung,” kata wakil pihak hospital.

Walaupun begitu, sudah terdapat banyak kes dilaporkan pesakit mati akibat melakukan pembedahan sedut lemak. Proses pembedahan seperti ini dilihat mudah dan dan cepat untuk kurus. Tetapi ramai tidak mengetahui terdapat kesan bahaya pada pesakit seperti serangan jantung semasa pembedahan dijalankan.

Oleh itu, jika anda mempunyai niat untuk kurus dengan cara mudah bolehlah berfikir semula. Daripada buat pembedahan buang lemak ni lebih baik kalau anda lakukan senaman dan diet yang seimbang. Turunkan berat badan secara semula jadi, lebih baik untuk kesihatan tubuh badan anda. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *