Gegar Vaganza 4 Buat Kehidupan Malam Liza Hanim Berubah

Liza Hanim mengakui yang penglibatannya di dalam rancangan Gegar Vaganza 4 (GV4) telah membuatkan hidupnya berubah kerana dia sering tidak boleh tidur akibat terlalu memikirkan strategi supaya boleh meneruskan perjuangan di pentas GV4.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Siapa Sangka Siapa Menduga’ itu menjelaskan yang disebabkan harapan yang peminat berikan kepadanya terlalu tinggi, jadi dirinya turut berasa tertekan. Oleh itu, dia sentiasa ingin berikan yang terbaik ketika buat persembahan di konsert GV4.

Namun, Liza mengatakan yang dia sudah tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu dan mahu ia berjalan seperti biasa asalkan peluang dia untuk bertanding di pentas GV4 masih ada.

Betul itu, lebih baik tidak terlalu memikirkan sangat mengenai perkara seperti itu. Jika terlalu memberi tumpuan kepada strategi takut nanti jangkaan Liza akan menjadi tersangat besar, tapi bila buat persembahan ia tidak seperti yang diharapkan. Itu pasti akan membuatkan Liza berasa lebih tertekan dan kecewa.

Malah, ia juga boleh menjejaskan persembahan Liza sehinggakan tidak dapat lakukan yang terbaik sebab terlalu banyak benda dalam fikiran. Kadang-kala bila kita terlalu ingin sesuatu yang terbaik, hasilnya nanti pasti tidak akan seberapa.

Dari menambahkan lagi tekanan, lebih baik Liza fokus untuk berikan dan lakukan apa yang Liza mampu di pentas GV4. Penyanyi hebat seperti Liza Hanim tidak perlu terlalu try hard sangat sebab sudah terbukti berbakat besar dan menang atau tidak di pentas GV4, Liza telah pun mendapat tempat di hati peminat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *