Gerakan dakwa DAP semakin lemah bila gagal kawal rasuah dan pentadbiran

Pengerusi GERAKAN Perak, Soo Kay Ping menggesa setiap jentera GERAKAN perlu berani tampil kehadapan membongkar segala kelemahan dan kepincangan pembangkang khususnya DAP.

Beliau menyifatkan rakyat tidak akan mudah terpedaya lagi dan bijak menilai serta melihat sendiri ketempangan kepimpinan DAP seperti di pentadbiran Pulau Pinang yang terpalit dengan beberapa isu yang jelas mencemarkan imej kerajaan negeri.

Katanya, kegagalan mengawal isu-isu rasuah dan menguruskan pentadbiran dengan baik membuat DAP kini semakin lemah.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng selama ini berani mengakui pentadbiran mereka benar-benar bersih dan bebas daripada unsur-unsur rasuah, menggunakan proksi dan kronisme.

Itu hanya kata-kata kosong yang tidak boleh dipercayai kerana Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri turut dituduh di mahkamah kerana terlibat dengan skandal rasuah.

“Kita tahu DAP kini semakin lemah ditambah dengan kes skandal rasuah, dan kepimpinan nepotism dalam parti yang tidak sudah.

“Dan kalau kelemahan-kelemahan mereka ini kita ceritakan kepada rakyat, mereka akan terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kita dan juga ahli keluarga kita.

“Jangan takut dengan semua itu kerana kita berada di pihak yang benar,” kata Kay Ping.

Rakyat khususnya masyarakat Cina kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap Kerajaan DAP kerana gagal menjaga kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat dengan baik.

“Kita yakin, dengan gerak kerja yang kita ada, Pulau Pinang bakal kembali kepada GERAKAN di mana, ianya juga merupakan misi utama kita”.

“Sebagaimana diketahui, pokok-pokok dan bukit merupakan elemen penting dalam alam sekitar.

“Dan kita lihat, kerajaan DAP terus menerus menarah anak-anak bukit, dan cerun-cerun di Pulau Pinang, atas nama pembangunan tanpa memikirkan kesan dan akibat (yang bakal ditanggung rakyat),” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *