Gobind lebih layak jadi Setiausaha Agung berbanding Guan Eng

PULAU PINANG – Bekas ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempertikai dan mengkritik keputusan mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Ahad lalu.

Sebelum ini, ramai perwakilan yang tidak bersetuju Guan Eng yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang bertanding dan dicalon semula dalam pemilihan semula buat kali kedua ini. Namun Guan Eng tetap mahu bertanding.

Shamsher menyifatkan Guan Eng sudah tidak layak lagi memegang jawatan Setiausaha Agung parti itu kerana memegang jawatan itu sudah melebihi tiga penggal berturut-turut.

“Walaupun boleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agung dari segi undang-undang, tetapi dari sudut moral Guan Eng tahu beliau sudah melengkapkan tiga penggal.

“Jadi kenapa masih terima jawatan itu dan jika Guan Eng ada maruah, beliau sepatutnya letak jawatan,” kata Shamsher.

Dalam pada itu, Shamsher menyifatkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo lebih layak memegang jawatan Setiausaha Agung DAP berdasarkan pemilihan pada Ahad lalu.

Kit Siang memperoleh jumlah undi sebanyak 1,199 diikuti rapat oleh Gobind dengan jumlah undi 1,198 manakala Guan Eng memperoleh undi sebanyak 1,180.

Guan Eng sepatutnya tidak bertanding dan patut sedar beliau sememangnya sudah tidak layak kerana terlibat dengan skandal rasuah dan kontroversi-kontroversi panas lain lagi yang jelas akan memberi kesan kepada imej DAP.

Keputusan yang menunjukkan Gobind pemimpin DAP paling popular dari Guan Eng jelas perwakilan sememangnya tidak suka dan menolak Guan Eng. Populariti Guan Eng merudum kerana beliau gagal mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik dan terlibat dengan skandal rasuah. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *