Guan Eng dan DAP memang jenis tak mengenang budi

GEORGETOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menempelak sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mahu mengaku dan mengiktirafkan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng ‘hidup dalam penafian’.

“Kerajaan negeri memang sentiasa ‘denial’ (nafikan), tidak mahu mengaku Kerajaan Persekutuan sudah hulurkan bantuan.

“Bukan saja makanan yang kita hulurkan, tetapi negeri jiran terutamanya negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) turut datang membantu membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya.

Guan Eng mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan kepada negeri Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir dan termasuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP dan pemimpin-pemimpin DAP lain sememangnya jenis tidak mengenang budi dan tidak tahu berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan.

Guan Eng yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih tidak mahu mengaku dan mengiktirafkan bantuan dan sumbangan Kerajaan Pusat kerana tidak mahu rakyat Pulau Pinang berterima kasih kepada Kerajaan Pusat. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *