Guan Eng mula main politik jijik selepas banjir surut

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Tuan Azizi Safar menempelak sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang biadap dan tidak tahu bersyukur apabila terus mempolitikkan isu banjir dengan mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan.

Wahal majoriti mangsa-mangsa banjir di negeri Pulau Pinang telah menerima pelbagai bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak malam atau dinihari 4 November lagi.

Azizi berkata, Guan Eng sebenarnya mengharapkan bantuan Kerajaan Persekutuan diberikan kepada Kerjaaan Negeri Pulau Pinang sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Kerajaaan Persekutuan tidak perlu menggunakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai orang tengah untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat yang terlibat dengan banjir.

“Kerajaan Persekutuan ada banyak agensi dan jabatan dimobilisasi untuk tujuan agihan bantuan kepada mangsa banjir.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian sudah mengumumkan pampasan one-off khusus kepada pesawah-pesawah yang tanaman atau sawah-sawah mereka terjejas dengan banjir. Pampasan ini akan disalurkan melalui Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan,” katanya.

Azizi juga berkata Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP perlu berhenti jadi “cry baby” dan berhenti berlakon seolah-olah dia adalah mangsa banjir yang paling teruk terjejas.

“No 25 Jalan Pinhorn tidak terlibat dengan banjir walaupun banyak kawasan di Georgetown ditenggelami dengan air berwarna seperti teh tarik,” sindirnya.

Tambah Aziz, Guan Eng juga perlu berhenti berlagak seperti seorang anak manja yang akan mengamuk dan merengek bila permintaan-permintaan dia tidak segera dipenuhi.

“Peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir yang dipohon oleh Kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM 1 billion mengikut kata Guan Eng bukannya boleh diluluskan tanpa pertimbangan yang wajar dan penelitian oleh Kerajaan Persekutuan.

“Najib Razak bukan menguruskan harta pusaka peninggalan datuk Lim Guan Eng. Penggunaan wang kerajaan perlu terlebih melalui proses dan prosedur yang telah ditetapkan.

“Apakah Lim Guan Eng lupa yang Najib Razak baru sahaja memperuntukkan wang untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Hospital Pulau Pinang dan Balik Pulau.

“Tiada guna Kerajaan Persekutuan membelanjakan berbillion Ringgit untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir di Pulau Pinang sekiranya Kerajaan Pulau Pinang masih gagal mengawal dan mengurus pemajuan dan pembangunan hartanah dengan teratur, dan mencegah pemotongan lereng-lereng bukit yang menjadi penyumbang kepada banjir lumpur dan mendapan yang mencetekkan longkang, parit dan sungai.

“Tiada guna mendalamkan sungai-sungai dan meningkatkan kapasiti longkang dan parit monsun sekiranya itu semua akhirnya akan dipenuhi dengan enapan tanah bukit yang dibawa bersama limpahan air hujan,” bidasnya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *