Guang Eng dakwa Pakar Kaji Cuaca di Malaysia tak boleh dipercayai?

Sudah menjadi kebiasaan Kerajaan DAP Pulau Pinang sering bertindak dengan cara mereka sendiri. Kononnya cara mereka lebih baik dan berkesan. Menganggap ramalan cuaca tidak tepat dan tidak boleh dipercayai yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia), Kerajaan DAP Pulau Pinang kini mahu menubuhkan sistem amaran cuaca buruk sendiri.

Menurut Ketua Menterinya Lim Guan Eng, kononnya negeri Pulau Mutiara itu memerlukan sistem yang “boleh dipercayai”.

“Kita akan lihat sama ada kita boleh menerima laporan daripada ramalan kaji cuaca luar negara, kerana yang sedia ada kini gagal memberikan ramalan yang tepat.

“Kini kita perlu lebih berjaga-jaga apabila tiada amaran dikeluarkan,” kata Guan Eng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi telah menjelaskan dan menafikan dakwaan ia lewat mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai ribut petir yang melanda Pulau Pinang dan kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran seawal 1 November dan menyerahkan amaran itu kepada pihak berkuasa negeri berkaitan.

Malah, satu lagi notis amaran jingga dan merah yang dikeluarkan pada 4 November.

Jika semua yang ada di Malaysia tidak boleh dipercayai, mengapa Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP meminta bantuan dari Kerajaan Persekutuan?

Adakah Guan Eng mahu negeri Pulau Pinang jadi seperti Singapura yang keluar dari Malaysia kerana semua tidak boleh dipercayai?

Lebih baik Ketua Menteri itu menumpukan dan lebih mementingkan mengatasi masalah banjir di negeri itu yang tidak pernah selesai sehingga hari ini daripada beliau sibuk menunding jari untuk mencari kesalahan pihak lain. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *