Haqiem Rusli Dedah Rahsia Pakai Cermin Mata Hitam

Pasti ramai tertanya-tanya apa sebab penyanyi baru yang terkenal melalui lagu ‘Tergantung Sepi’ iaitu Haqiem Rusli sering memakai cermin mata hitam setiap kali menyanyi. Malah, ada juga peminat persoalkan jika penyanyi itu turut akan memakai cermin mata meskipun pada waktu malam.

Namun, penyanyi berusia 19 tahun itu mendedahkan alasan sebenar dia memakai cermin mata hitam ketika menyanyi adalah kerana cermin mata hitam bantu menghilangkan perasaan gemuruhnya ketika membuat persembahan dan membantu dia menyanyi dengan lebih baik.

Ini kerana, sebelum ini dia pernah cuba menyanyi tanpa memakai cermin mata gelap tetapi disebabkan terlalu gemuruh nyanyiannya menjadi sumbang.

Oh, patutlah, Haqiem kelihatan tidak gemuruh ketika membuat persembahan meskipun masih baru, kuasa cermin mata hitam rupanya. Baru tahu yang cermin mata hitam rupanya bukan hanya boleh digunakan untuk lindungi mata dari cahaya matahari tetapi juga untuk hilangkan gemuruh.

Lepas ni, nak cubalah pakai kaca mata hitam, mana tahu rasa Haqiem itu benar-benar boleh bantu hilangkan rasa gemuruh ketika berhadapan depan orang ramai. Tetapi, selain dari menjadi ‘ubat’ penghilang gemuruhnya, Haqiem turut menganggap yang cermin mata hitam dan sarung tangan adalah sebagai ‘trademark’ untuknya.

Jadi, selepas ini jika peminat-peminat Haqiem lihat cermin mata hitam dan sarung tangan pasti dalam fikiran mereka terus teringat Haqiem Rusli. Jangan ada peminat wanita yang sampai paksa teman lelaki mereka pakai sarung tangan semata-mata kerana menginginkan teman lelaki seperti Haqiem Rusli. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *