Harus berbogel jika mahu makan di restoran mewah ini

Melangkah masuk ke dalam restoran mesti membuatkan kita terfikir tentang makanan, minuman dan tempat persekitaran restoran yang indah. Jika nak menarik minat orang ramai, ada antara restoran yang menggunakan konsep hipster, barat dan banyak lagi.

Tetapi, konsep yang digunakan oleh sebuah restoran baru di Paris ini cukup berbeza dari restoran lain apabila pelanggan yang masuk makan di restoran itu perlulah berbogel.

Setiap pelanggan yang masuk ke dalam restoran itu perlu menanggalkan kesemua baju mereka dan masuk dalam restoran dalam keadaan bogel dan makan sambil berbogel.

Sebelum melangkah masuk ke dalam restoran, pekerja restoran akan membawa pelanggan ke satu bilik untuk membuka ke semua baju mereka dahulu. Baju mereka boleh diletakkan dalam keadaan yang selamat dalam kabinet yang disediakan.

Pelanggan juga tak tidak perlu risau jika gambar atau video mereka sedang berbogel dirakam oleh orang luar. Restoran ini akan menjaga privasi pelanggan mereka kerana setiap tingkap atau pintu akan ditutup.

Walaupun pelanggan perlu berbogel dalam restoran, ini tidak bermakna pekerja juga perlu berbogel dalam restoran itu. Pekerja restoran itu akan berpakaian seperti biasa kerana pekerja perlu memakai baju untuk menjaga kebersihan makanan yang disediakan pada pelanggan.

Makanan yang disediakan pada pelanggan adalah makanan Perancis, dan jumlah kerusi yang disediakan restoran itu hanya muat untuk 40 orang pelanggan. Jika anda risau tidak dapat makan di restoran jika sudah penuh dengan pelanggan, anda boleh membuat tempahan dahulu.

Pemilik restoran ini merupakan adik beradik kembar Mike dan Stephane Saada berjanji akan memberikan satu pengalaman yang lain dari yang lain pada setiap pelanggan yang datang ke restoran mereka.

Restoran seperti ini juga tidak mendapat sebarang tentangan dari rakyat Paris. Malah, mereka dilihat dapat menerima baik dengan terdapatnya restoran bogel seperti ini.

Restoran bogel ini bukanlah restoran pertama yang ada di dunia. Sudah terdapat beberapa restoran bogel diwujudkan antara salah satunya di London. Ramai pelanggan yang sanggup ‘booking’ meja dan membayar pada harga yang mahal semata-mata nak makan sambil bogel. Berbogel di negara barat memang suatu perkara yang biasa, melihat orang berbogel di tepi jalan pun bukan satu perkara yang menggemparkan – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *