Hilang nafsu kerana gemuk jadi punca jururawat ini dicerai suami

Pernah dengar tentang suami gila talak? Lelaki yang masih tergila-gila isteri yang diceraikan. Waktu masih bergelar pasangan suami isteri tak reti untuk menghargai isteri. Bila dah bercerai baru nak terhegeh-hegeh menagih cinta bekas isteri semula.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam Nurulbadiah Lai tentang seorang jururawat gemuk diceraikan oleh suami. Hanya kerana dirinya sudah tidak cantik dan berbadan gemuk, suaminya sering menghinanya.

Peguam ini menguruskan kes anak wanita ini, Nurulbadiah sangat kagum dengan wanita ini walaupun sudah berusia tetapi badan macam anak dara, bergaya, dan kulit gebu.

Setiap kali kes mahkamah anaknya itu, bekas suami wanita ini pasti akan datang bersama. Pada mulanya Nurul badiah tidak menyangka pasangan ini sudah bercerai kerana layanan bekas suami seperti layanan pada isteri sendiri.

Tetapi, wanita yang pernah bekerja sebagai jururawat itu tidak pernah melayan bekas suaminya itu kerana merasakan bekas suaminya itu gila talak. Nurulbadiah masih tertanya mengapa wanita itu memperlakukan bekas suaminya begitu.

“Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”

Wanita ini berkongsikan kisah rumahtangga dan hal peribadi pada Nurulbadiah. Sebenarnya 15 tahun dahulu wanita ini telah mengabadikan dirinya dengan suami. Suatu ketika dahulu dia hitam, gemuk, tak makeup, berkain batik dan selekah.

Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan bila suami menyuruhnya berhenti kerja dan menjaga anak-anak di rumah. Duit nafkah pula diberikan suami hanya cukup-cukup makan untuk membeli keperluan dapur. Langsung suami tidak memberi duit lebih untuknya membeli barang untuk mencantikan diri.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 4 orang anak. Beza anak-anak meraka setahun seorang. Tiap-tiap tahun isteri beranak, dan tidak sempat nak mencantikan diri. Suami hanya tahu menghina isteri gemuk, hitam dan sudah tidak cantik.

Anak-anak langsung tidak dijaga dan menyerahkan tugas itu pada isteri bulat-bulat. Demi nak selamatkan rumahtangga dan membantu suami mencari nafkah, wanita ini telah mengambil upah menjahit.

Dalam usaha wanita ini untuk memikat suaminya, wanita ini baru dapat tahu suaminya sudah berkahwin lain dengan wanita satu pejabat. Anak dara dan masih cantik bergaya. Sudah duit nafkah pun beri tidak pernah cukup tapi suami boleh pula berkahwin lagi satu.

Setalah 10 tahun hidup bermadu pelbagai masalah mula menimpa dirinya. Suami semakin mula tidak berikan nafkah kewangan dan nafkah batin. Mereka kerap kali bergaduh dan wanita itu minta diceraikan. Sewaktu minta diceraikan suaminya telah menghina dengan samakan dia dengan lembu.

“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”

“Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”

Terasa diri betul-betul terhina, wanita ini telah balik ke akmpung dan membina hidup baru bersama anak-anaknya. Dia telah membuka kedai jahit dan sekarang sudah mempunyai ramai pekerja. Hidupnya sudah berjaya dan dia sudah kurus serta kembali cantik.

Sekarang sudah hampir 3 tahun bekas suami mahu rujuk semula dengan wanita ini. Macam-macam cara yang telah dilakukan oleh bekas suami tetapi wanita ini tetap tidak mahu kembali semula pada bekas suaminya.

Apapun, kisah ini mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran pada semua orang termasuk pasangan suami isteri. Janganlah meletakkan kasih sayang dan rasa cinta pada pasangan dengan melihat paras rupa.

Sesungguhnya paras rupa dan kecantikkan itu tidak akan berkekalan. Tetapi, hargailah segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh pasangan sepanjang bersama dengan anda sewaktu susah dan senang. Hanya disebabkan pasangan anda gemuk dan tidak cantik, janganlah ambil jalan mudah untuk berkahwin lain dengan wanita yang lebih cantik. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *