Hilangkan Pipi Tembam Dengan 5 Senaman Mudah

Siapa kata pipi tembam je mesti orang tu gemuk. Eh orang kurus pun ada tau berpipi tembam. Orang yang berpipi tembam je tahu betapa sengsaranya sebab selalu jadi bahan cubitan kawan-kawan atau pun betapa susahnya nak menggayakan tudung. Kalau baby yang berpipi tembam ni memang la comel kan, cuba kalau orang dewasa pulak eeii mesti rimaskan..

tapi jangan bimbang, korang boleh cuba amalkan senaman ringan ni untuk kurangkan sikit pipi yang tembam tu. Cara ni sangat efektif tau, korang boleh buat dimana-mana dan pada bila-bila masa je yang korang suka.

Jom ikuti beberapa langkah dibawah untuk kuruskan pipi;

1. Mengurut Muka

Gunakan serbuk gandum ataupun minyak zaitun untuk mengurut wajah supaya peredaran darah dapat berjalan dengan lancar dan sihat. Urut dari bawah dagu ke atas pipi secara bulatan, urut lima kali atau lebih dan jangan lupa tekan pipi secara perlahan bermula dari sudut bibir hingga ke telinga.

2. Menjelirkan Lidah

Buka mulut lebar-lebar lepastu jelirkan lidah sepanjang yang korang mampu. Kalau boleh sampai menyentuh dagu tau, kemudian tahan selama 10 saat. Korang boleh ulang buat sebanyak 10 kali atau lebih.

3. Buat Mulut Ikan

Cara ni menggunakan bahagian mulut, pipi dan rahang. Korang cuma perlu sebut huruf I dan O secara cepat-cepat sebiji macam mulut ikan mas dalam akuarium tu. Macam kelakarkan tapi cara ni dapat membantu aliran darah di bahagian wajah berjalan dengan lancar tau.

4. Tiup Belon

Beli belon dekat kedai lepastu tuip belon tu sampai mengembang besar tapi jangan ikat sebab korang kena kempiskan balik lepastu ulang tiup selama 15 kali sehari. Kalau korang konsisten dengan cara ni, pasti pipi yang tembam tu akan jadi runcing.

5. Menyedut Pipi

Sedut pipi kanan dan kiri kuat-kuat, tahan selama 10 saat dan lepaskan. Ulang sampai 10 kali. Kalau nak buat lebih pun boleh je tak salah pun.

Pernah jugak dengar orang kata, kunyah gula-gula getah pun boelh membantu kuruskan pipi, lima cara ni pun kalau dilakukan dengan konsisten memang confirm lah pipi yang tembam tu hilang dan takkan merimaskan korang lagi. Terpulang la nak buat cara mana pun ye. Selamat mencuba ! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *