Huawei Jadi Mangsa Diskriminasi Islam Di China

Nampaknya Islamophobia masih lagi hidup di China, kerana baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar telefon pintar berjenama Huawei telah dihentam teruk oleh keyboard warrior China dengan menuduh syarikat berkenaan telah ‘menyebelahi muslim’ berikutan fungsi alarm terbaru keluaran telefon pintar mereka.

Secara mudahnya, Islamophobia adalah bermaksud ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau sangat benci terhadap Islam. Minggu lalu, beberapa orang pengguna media sosial telah mendapati bahawa terdapat satu iklan dalam bahasa Cina untuk telefon pintar Huawei Mate 10 Pro yang baru.

Menurut mereka, telefon pintar tersebut telah menunjukkan ciri penggera mesra Muslim yang akan mengingatkan pengguna waktu sembahyang setiap hari dan bantu mencari lokasi masjid yang berdekatan.

Pada kita, ciri terbaru itu langsung tidak mendatangkan sebarang bahaya tetapi sesetengah daripada mereka menganggap itu sebagai serangan keagamaan. Mereka juga telah membuat tuduhan, dimana Huawei telah memberi layanan istimewa kepada orang muslim, malah telah mengajak orang ramai boikot jenama telefon pintar yang terbesar di China itu.

Menurut laporan dari Sixth Tone, perkara tersebut telah dikawal sepenuhnya oleh akaun Weibo yang memang terkenal sering menyiarkan post anti-islam. Akaun tersebut juga telah memuat naik semula iklan berkenaan dengan meletakkan caption ‘Sangat Halal’ dan ia telah mendapat beratus ribu share dan komen-komen yang tak baik.

Walaubagaimana pun posting dan semua perbincangan mereka mengenai kontroversi itu telah pun dipadam dan dibuang daripada akaun Weibo berkenaan. Artikel dari Sixth Tone, mengenai peningkatan Islamophobia dalam media sosial China juga telah dibuang tanpa memberi sebarang penjelasan.

Sementara itu, iklan yang telah mencetuskan kontroversi itu juga telah dibuang dari laman web Huawei termasuklah di semua laman online shopping seperti Taobao dan JD.com. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *