Ibu Kurung Anak Perempuan Selama 25 Tahun Hanya Kerana Terlalu Cantik

Siapa sangka kehidupan seorang gadis muda yang berasal dari Perancis ini bertukar menjadi tragedi hitam hanya kerana dia telah jatuh cinta dengan seorang lelaki.

Gadis itu dikatakan telah dikurung di dalam sebuah bilik kecil selama 25 tahun tanpa ada seorang pun yang sedar tentang kehilangannya.

Cerita ini dikatakan sangat popular sekitar tahun 1876 dahulu di Paris, Blanche Monnier, merupakan seorang yang berpengaruh telah jatuh cinta dengan lelaki tua dan telah membuat keputusan untuk mengahwini lelaki tersebut.

Memandangkan lelaki itu jauh lebih tua darinya malah dia juga adalah seorang peguam yang muflis, ibu Blanche yang pada masa itu adalah seorang bangsawan yang ternama telah menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.

Tidak lama selepas itu, Blanche dikatakan telah hilang secara tiba-tiba. Tiada seorang pun di Perancis pernah melihatnya muncul di mana-mana lagi. Ibu dan sanak saudaranya telah meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Tetapi, rupanya mereka telah menyimpan satu rahsia yang amat dasyat disebalik kehidupan harian mereka.

Pada 23 Mei 1901, pejabat peguam di Paris telah menerima sepucuk surat misteri yang bertulis;

‘Peguam Negara: Dengan segala hormatnya saya ingin memaklumkan kepada anda tentang satu kejadian yang sangat serius. Saya ingin memberitahu bahawa ada seorang wanita yang belum berkahwin, dikunci di dalam rumah Madame Monnier dalam keadaan hampir mati kelaparan dan tinggal dengan sampah yang tercemar dan dalam kotorannya sendiri, sejak dua puluh lima tahun yang lalu.’

Pihak polis terus menyiasat tentang kejadian itu dan terkejut apabila mendapati Blenche dalam keadaan yang sangat lemah dan sangat tidak berdaya berada di atas katil yang telah diliputi dengan najis dan sisa makanan.

Blenche pada ketika itu kelihatan seperti mayat hidup, berasa sangat terkejut kerana setelah 25 tahun dia tidak pernah berjumpa dengan manusia lain dan terkena cahaya matahari. Tidak lama selepas itu, ibu Blenche telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

walaubagaimanapun, ibu Blenche didapati telah meninggal dunia selepas 15 hari dipenjarakan. Wanita itu sempat mengaku telah mengunci anak perempuannya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Blanche Monnier yang juga dikenali sebagai La Séquestrée de Poitiers di Perancis, meninggal dunia pada tahun 1913 di sanitarium di Bois. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *