Ibu muat naik video anak sahut ‘cabaran permainan’ buat aksi bahaya

HERTFORDSHIRE – BRITAIN. “Saya tak tahu anak saya bodoh sebegini rupa. Tolonglah, jika anda ada anak remaja, tunjukkan mereka video ini,” kata seorang wanita di laman sosial, Facebook.

Video tersebut menunjukkan seorang remaja membuat aksi ‘wheelie’ menggunakan basikal di lorong bertentang sebuah jalan raya dan dilanggar sebuah kereta.

Lesley Hooper memuat naik video itu selepas anaknya, Paul, 14 menyahut ‘cabaran permainan’ untuk membuat aksi berbahaya tersebut.

Kata Lesley, terdapat seorang wanita mengandung dan seorang kanak-kanak di dalam kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Saya bersyukur yang anak saya cuma lebam-lebam tetapi sangat bimbing jika ada yang cedera parah atau mati, bukan sahaja yang naik basikal, tetapi juga pemandu.

“Terdapat seorang wanita mengandung dan seorang kanak-kanak dalam kereta. Mereka mungkin boleh terbunuh. Dia mungkin boleh kehilangan anak sebab permainan bodoh ini,” kata Lesley.

Difahamkan, Paul tidak didakwa atas kejadian tersebut.

Polis bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana cabaran.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *