Ini 9 sebab kenapa Mahathir marah pada Najib dan UMNO

Meskipun Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, namun Mahathir tetap mahu memburuk-burukkan kerajaan.

Mahathir menerusi blognya Chedet menyenaraikan layanan dan kemudahan yang beliau perolehi sekarang adalah seperti berikut:

1. Dahulu disewa ruang pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk beliau. Sewa ditamatkan dan disuruh guna pejabat kerajaan yang tidak sesuai.

2. Akta Parlimen menyebut akan kelayakan mengguna pesawat terbang kerajaan. Sekarang tidak dibenar. Sebaliknya sesiapa yang cuba memberi pinjam pesawat persendirian dilapor kepada Jabatan Perdana Menteri.

3. Secara tidak langsung tidak dibenar menggunakan rumah penginapan Kerajaan Persekutuan di London.

4. Dua pengiring motorsikal, 4 pengiring UTK yang dibekal pelepas semburan pemedih mata, telah ditarik balik walaupun mantan Perdana Menteri lain masih dibekal.

5. Beberapa kakitangan pejabat dan tukang masak ditarik balik dan diganti dengan yang lain.

6. Dr Mahathir letak jawatan di Proton, Petronas (dilucut sebagai penasihat) dan juga sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas. Tetapi Universiti swasta dinasihat untuk tamatkan Dr Mahathir sebagai Canselor.

7. Perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn walaupun mereka tidak sokong Kerajaan-kerajaan pada masa itu.

8. Kegunaan dewan-dewan untuk Kerajaan Pusat, Negeri diperintah Barisan Nasional dan bandaraya tidak dibenar. Dewan swasta diberi amaran akan menerima padah jika disewa kepada sesiapa yang menjemput Dr Mahathir.

9. Prinsip negara demokratik ialah parti pemerintah tidak boleh guna kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti.

Mahathir sepatutnya sedar bahawa beliau bukannya lagi pemimpin negara untuk menikmati segala kemudahan selama ini diberikan kepada beliau. Beliau tidak sepatutnya terlalu meminta-minta.

Lagi pun, kemudahan ruang pejabat kerajaan tetap disediakan kepada beliau walaupun bukan di Yayasan Kepimpinan Perdana. Kemudahan menggunakan pesawat terbang kerajaan pula tidak patut dipertikaikan.

Mahathir patut tahu kemudahan itu hanya disediakan untuk pemimpin negara sekarang dan juga kegunaan Yang DiPertuan Agong sahaja. Selain itu, beliau tidak patut pertikaikan apabila tidak dibenarkan menggunakan rumah penginapan Kerajaan Persekutuan di London.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu patut berhenti merungut dan jangan menjadikan ini sebagai alasan beliau untuk memburuk-burukkan kerajaan. Beliau telah menerima segalanya ketika beliau menjadi pemimpin negara selama 22 tahun.

JPM memaklumkan, pejabat Mahathir dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor, selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237). Sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *