Ini Adalah Jenis Makanan Harian Yang Akan Membuatkan Anda Terkena Penyakit Kolesterol Tinggi

Bila sebut tentang kolesterol ramai yang ingat hanya orang yang berbadan gemuk sahaja akan menghadapi masalah seperti ini. Jangan terkejut, sebenarnya tanggapan itu adalah salah sama sekali kerana kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak mengikut saiz badan.

Selain lemak, tahap kolesterol dalam badan sangat perlu di titik beratkan. Jika jumlah kolesterol dalam darah sudah mencapai tahap bahaya, risiko untuk terkena pelbagai jenis penyakit amatlah tinggi.

Salah satu cara untuk mengawal jumlah kolesterol dalam badan adalah dengan memastikan anda memilih jenis makanan yang betul untuk dimakan. Bukanlah sampai tak boleh makan langsung, cuma jangan makan dengan kuantiti yang banyak dan kerap.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang akan membuatkan tahap kolesterol dalam badan anda semakin meningkat;

1. Kerang Dan Makanan Laut

Kerang ataupun msemua jenis makanan laut memang sangat menyelerakan. Siapa je yang tolak kan kalau dihidangkan dengan lauk yang sedap macam ni. Tetapi, tahukah anda makanan laut ini mengandungi kandungan kolesterol yang sangat tinggi. Sebaiknya hindarkan dari megambil makan makanan laut dengan kerap untuk mengelakkan dari terkena pelbagai jenis penyakit.

2. Daging Merah

Daging merah sangat tinggi kandungan lemak tepu yang pastinya boleh meningkatkan kolesterol dalam badan. Cara terbaik untuk makan daging adalah sebaiknya bahagian-bahagian lemak dan kulitnya dibuang. Untuk mendapatkan protein tanpa kolesterol yang tinggi, anda boleh gunakan dada ayam, turkey breast atau pun isi ikan.

3. Butter

Penggunaan butter atau majerin dalam masakan sememangnya enak, baunya yang semerbak itu akan membuatkan masakkan kita bertambah wangi dan sedap. Akan tetapi kandungan lemak trans dan sodium yang terdapat dalam butter yang akan membuatkan tekanan darah dan kolesterol dalam badan meningkat.

4. Minyak Dan Santan Kelapa

Penggunaan minyak masak dan santan kelapa yang banyak dalam masakan adalah sangat tidak digalakkan kerana kandungan lemak tepunya sangat tinggi akan merosakkan kesihatan badan kita. Kajian mendapati, tubuh manusia hanya memerlukan tidak lebih dari 24gram lemak tepu di dalam badan.

5. Ais Krim

Siapa je yang tak suka makan ais krim kan tambahan pula dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni. Untuk orang yang menghidap penyakit kolesterol tinggi, ais krim adalah sangat tidak digalakkan. Ini kerana kandungan susu full cream dan heavy cream yang terdapat dalam ais krim ini ternyata sangat tinggi kandungan kolesterolnya.

Kesimpulannya, pengambilan makanan yang seimbang adalah penting untuk memastikan tubuh badan kita tidak mudah terkena sebarang penyakit dan juga kekal sihat. Mulakanlah dari sekarang supaya tidak terlambat dan menyesal dikemudian hari. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *