Ini Manfaat Makan Roti Selepas Nikmati Nasi

Terlalu banyak pengambilan karbohidrat dalam badan adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Disebabkan ini jugalah ramai orang mengelakkan dari memakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Mereka juga memilih untuk tidak memakan roti selepas makan nasi ataupun hanya akan makan roti sahaja.

Baru-baru ini satu kajian telah dijalankan oleh BMJ Open Diabetes Research & Care telah membuat satu kesimpulan iaitu memakan roti selepas makan nasi itu adalah bagus kerana ia dapat membantu menetapkan kadar gula dalam darah.

Seperti yang dilaporkan dalam Timesofindia, kajian itu telah digunakan kepada 16 orang pesakit diabetis tahap 2. Mereka telah diberikan karbohidrat dalam bentuk yang berbeza dimakan.

Mereka telah diberi makanan yang mengandungi protien, sayuran dan juga karbohidrat. Tetapi sajian karbohidrat telah diberikan secara berasingan dua kali iaitu sebelum dan sesudah makan, selepas disajikan dengan protein dan juga sayuran.

Hasil daripada penelitian ini mendapati memakan roti setelah makan nasi dapat membantu menstabilkan kadar gula dalam darah namun ianya harus diimbangi dengan pengambilan serat dan nutrisi yang cukup.

Walaupun kajian itu telah berjaya membuktikannya namun penelitian lanjut masih diperlukan untuk mengukuhkan lagi kenyataan diatas. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *